Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 9, 2008

Tension!!!!!!

Ntah nape lah bos aku nie..aku tak cakap pasal boss besar..aku cakap pasal boss atas aku...

Kadang2 nampak aku lagi pandai dari dia...Kadang2 nampak mcm dia nie betul ke ada Master..macam bengap je...Ntahlah...

Banyak yang dia belajar daripada aku...tapi, dia still tak hargai aku...bila dia suruh aku buat sesuatu, dia komenlah keje aku, mcm keje aku tu sampah...dah lah minta tolong..keje aku pun tak terbuat....

So, aku dah NEKAD...aku nak berenti...biarlah dia terkontang-kanting seorang diri kat syarikat nie...sape suruh tak hargai staf...bila bos tak hargai staf, mcm mana staf nak stay lama kat syarikat..apalah salahnya sekali sekala puji or hargai hasil kerja n usaha kita selama nie..

Selama 4bulan aku kat syarikat ni..nak tau apa aku buat..jap ek, aku senaraikan..

1. Buat slide presentation untuk APEX--komen bagai nak gila..buat sendirilah
2. Tulis artikel tentang kesihatan..dah ada 10 artikel aku tulis--satu pun tak publish (nak dan dan tu bukan main)
3. Buat blog syarikat--buat ala kadar, padan muka
4. Cari statistic penduduk di putrajaya --dah jumpa, taknak pulak
5. buat slide presentation untuk seminar kesihatan --tak siap lagi
6. Buat leaflet/flyer utk diedarkan pada org ramai --dia tengah betulkan..satu muka je pun
7. Pergi ke kedai2/butik2 kecantikan suruh diorang amek produk kitorang --ada yg tak peduli
8. Cari acara utk join--dapat larian mizuno (dia setuju)
9. wat sandwich utk tambah pendapatan masa larian mizuno --masuk poket aku lah
10. Person in-charge utk promosi masa larian mizuno--sib baik org mizuno baik2
11. Buat newsletter --pening kepala, asyik tak setuju je dengan aku
12. Translate website dr bahasa inggeris ke bahasa melayu--muntah mencurah curah
13. Translate leaflet --muntah lagi
14. Pergi ke cafe2 mewah suh diorang beli produk kitorang --malu, kene halau
15. Dok depan farmasi suh orang ramai rasa produk kitorang --lenguh kaki, nak kencing pun susah, sbab kene tutup n kemas barang plak
16. cari quotation company yg leh distribute newletter/flyer/leaflet--dah jumpa, taknak pulak
17. cari quatation printing company--cerewet plak, nak yg murah tapi print cantik n berkilat..pala hotak hang
18. deal dengan syarikat majalah utk iklankan produk--bincang dekat 2jam, last2 suh aku cancel..aku yg malu(bodo)
19. deal dengan syarikat televisyen--sama gak..leh plak dia tak tau apa jomheboh..wat malu aku je
20. edit video masa pelancaran produk--sib baik aku dibantu oleh teck how
21. bagi idea untuk bina website--pening-sebab dia cerewet..buat sendirilah
22. Cari testimoni customer yang dah cuba produk--nak gambar customer pulak dah
23. update blog tentang event terkini--nie aku buat
24. meeting dengan client yang dia tak suka--nyampah aku
25. join meeting dia--jadi secretary plak(keje aku sape nak wat)

nie mcm keje setahun..

3 comments:

MiSaE said...

huhu..banyak nyer keje?? giler laa..keje ngan company "cha ya nun alip" mmg suke kerah tenage org.

mmg xde pon yg baek...dorng suke bermuke2.

try cr keje kat tmpt laen la pulak..?

KikiLala said...

tulah..tengah cari..mana2 company yg offer tinggi sket, blah secepat mungkinlah..dah naik menyampah dengan si boss yang tak paham2 bahasa menghargai nie..patutlah ramai yg berenti..

Copa chups.. said...

cha ya nun cha alip wau