Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, June 18, 2020

GDM pregnancy ke 6 anak ke 3.

Saya disahkan GDM selepas minum air gula lepas 2 jam. Bacaan 9.2 sebenarnya tinggi.
Hadap aje la kene buat BSP 2 minggu sekali.


Kalini saya tak check up dekat Klinik Kesihatan sebab KK Kurnia ni ramai sangat umat. Average masa saya tunggu 4 jam. Saya rasa saya perlu hargai masa sebab saya banyak sangat kerja kene selesaikan. So, saya ambil keputusan pergi Pahang Medical Center. Jumpa Doktor pakar lagi tuu.. Hihi..

Di sebabkan kita dh biasa check up dekat KK, nurse KK tip top dan boleh detail dorang check. Bila pergi PMC, urine tak ambil, darah utk hemoglobin pun tak ambil. Yang dia buat hanyalah blood pressure dan scan baby. Bayar RM190. Hmm.. Saya pergi sana dalam 4x tak silap, lps tu rasa tak berbaloi.

Masa 32 minggu, baru teringat nak buat 4/5D scan. So google la kat mana nak buat. Terjumpalah Klinik As-salam Indera Mahkota. Kene booking through online utk scan.

Madam Fiza yg scan saya. Org nya lemah lembut, friendly and yg saya suka, dia ckp dgn baby dalam perut. Rasa caring sangat. Dah selesai semua, saya tanya Madam, kalau2 saya nk check up perut dekat klinik ni boleh ke. Dia suruh saya jumpa Dr Hidayah dekat bilik no 1.

Dr Hidayah pun sangat caring. Dia tepuk dahi tgk buku pink saya tak lengkap masa pergi check up dekat PMC. Dia pun arrange utk saya check up dekat As Salam. Lps dia check buku pink saya, dia decide utk saya ambil darah utk lengkapkan mana yg tak. Fetal kick chart pun saya x buat sb PMC tak cakap apa2.
Alhamdulillah Allah temukan saya dgn Klinik As Salam. Saya continue check up dekat sini. Ambil masa 30 min je.

Semua yg berlaku ada hikmah. Saya dapat belajar dan cerita pada sape2 yg bertanyakan pendapat berkaitan check up pregnancy.

Saturday, June 6, 2020

Kandungan yang ke 6, bakal anak no 3.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi, akhirnya doa inginkan satu lagi cahaya mata dimakbulkan setelah setahun lebih mencuba.

Sebelum disahkan mengandung pada 7hb Nov 2019, saya mengalami keguguran kali ke3 bulan Ogos 2018. Masa tu boleh jangka sebab double line di UPT sangat samar. Setiap hari test, tetap samar. Jadi saya dh redha, kandungan kali ni tak menjadi.

Bila tunggu lagi 2 mggu (kandungan 6 mggu) akhirnya kantung gugur sendiri. Saya sempat sambut dan balut dengan tisu, sebelum ditanam berhampiran rumah. Sakit mcm senggugut. Alhamdulillah lps tu saya jalani berpantang seperti biasa malah lebih ketat lg.

Mari saya ceritakan bagaimana saya ikhtiar utk kandungan ke 6 ni.

Selepas selesai berpantang gugur, saya amalkan hidup sihat. Joging 5km,6km dan paling jauh 11km. Lps tu balik kerja singgah Taman Bandar utk joging sblm pulang ke rumah. Kadang2 weekend saya naik basikal pusing keliling taman.

Disamping itu, saya ambil duphaston selama 3 bulan (1 biji sehari) untuk stabilkan hormon dalam badan.

Setelah mencuba beberapa kali tak berhasil, saya ikhtiar untuk berurut lega urat di hubbub spa Kuantan. Apa yg staf hubbub cadangkan utk ikhtiar mengandung, utk ambil urut lega urat dan selang sebulan datang utk urut lega otot. Jadi saya pun setuju.

Urut lega urat adalah pakej sauna 30 min diikuti urutan satu badan selama 2 jam. Staf akan naikkan peranakan dan betulkan urat yg simpul. Memang sangat sedap urutannya. Bila balik rumah, tidur malam sangat lena. Saya berurut pada 17 Sept 2019.

So seperti berusaha lagi TTC sebelum period menjengah pada 2hb Okt 2019. Dengan harapan lekat lah sebab dh berurut walaupun tak sempat tunggu urutan lega otot. 3hb Okt test UPT, takde plak double line walhal dah lewat sehari. Takpe la tunggu lagi beberapa hari. 5hb Okt test lagi, masih single line. Eh dah lewat 3 hari. Disebabkan membazir UPT, saya biar kan aje sampai lah 7hb Oct, baru lah period datang. Takde rezeki lagi. Tapi kali ni period nya luar biasa. Banyak sangat dan sakit sangat. Mungkin sebab lewat kot, dinding tebal. Macam nk pitam dan demam penangan period kali ni.. Saya syak sebab urutan tempoh hari. Melancarkan darah.

Seperti biasa TTC dan ikut calendar untuk BD. Pada 19hb Okt ayah mertua saya pergi menghadap Ilahi. Saya sangat sedih tapi saya redha. Saya dan suami bergilir jaga arwah abah di hospital masa puasa tahun 2019.  2 minggu berkampung rumah adik ipar di damansara. Arwah abah dimasukkan ke Hosp Shah Alam pada 23hb Mei 2019. 25hb Mei kami ke hosp utk ziarah Abah. Dari tarikh tu kami gilir2 jaga abah sampai lah abah dibenarkan keluar malam hari raya 4 Jun 2019. Umur abah masih panjang, Allah bagi peluang untuk org lain berbakti. Pada 19hb Ogos abah dimasukkan ke hosp klang kerana terlalu lemah dan dibenarkan pulang seminggu lps tu. Abah sangat penat dan nazak. Tubuh abah makin mengering dan hanya kelihatan kulit membalut tulang. Allah pinjamkan abah kepada kami sehinggalah abah hembuskan nafas terakhir pada 19 Okt 2019.

Saya masih ingat cerita emak kawan baik saya, dia juga kehilangan ibu nya. Masa tu kawan baik saya umur 2-3 tahun kalau saya tak silap. Akibat terlalu sedih, dia tak sangka yg dirinya mengandung anak kedua. Bila teringat kisah tu, saya terfikir, alangkah bagusnya kalau kesedihan ini digantikan dengan kegembiraan mcm emak kawan saya alami.

Setelah selesai semua urusan kami pulang ke Kuantan. Suami saya kelihatan sugul dan jarang bercakap. Saya tahu dia sedih dan saya bg ruang utk dia.

Seperti biasa, waktu utk check upt. Sepatutnya period 7hb Nov, tapi tak muncul. Kebetulan bulan Nov saya sangat sibuk dengan meeting dan training di KL. Saya hampir lupa utk bawa UPT. Seminggu di KL dan sambung kerja di Kota Bharu dan Terengganu lagi seminggu. Akhirnya pulang ke rumah dah lewat seminggu lebih period. Tunggu esok pagi utk check urine, alangkah terkejut, double line naik, sangat pantas. Syukur Alhamdulillah. Saya bw berita gembira pada suami. Sejak dia tau saya pregnant, dia tak sugul dan menyendiri lagi. Kini usia kandungan 34 minggu 4 hari.

Kesimpulannya, jangan menyerah kalah. Sentiasa usaha. Disamping itu, berdoa pada Allah.