Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 1, 2014

Cucuk Perancang Depo-Provera


Kalau ada baca post yang sebelum ni tentang keguguran, jadi ini la keputusan yang saya ambil untuk merehatkan rahim dari lekatan telur yang disenyawakan.
Pada 30 Jan, saya ke Klinik Bandar Sri Putra dan dapatkan injection depo. Depo ni jaraknya 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan ni, telur tidak akan disenyawakan disebabkan cecair diserviks menjadi pekat dan sperma tak dapat masuk. Dengan itu, rahim dapat berehat selama 3 bulan.
Bila dah cucuk, saya mula baca pengalaman yang cucuk depo. Ada yang lepas setahun baru datang period. Ada yang 2 tahun baru mengandung. Mula la saya jadi risau. Sebab saya rancang, lepas 3 bulan, saya nk merancang untuk kehamilan.
Mac-April, saya datang period boleh dikatakan setiap hari smpai 58 hari. Saya dah mula risau. Bila saya tanya nurse yang cucuk saya tempoh hari, dia cakap normal. Ada yang period sampai berbulan, ada yang tak period langsung sampai setahun. Ya Allah, hormon akan terganggu sebab depo ni adalah sejenis hormon. May-Jun saya tidak datang period pulak. Allah Maha Adil. 2 bulan saya period, jadi tak boleh la nak bersama, bila 2 bulan tak datang period, dapat ganti balik.hehehe…akhir Jun saya period semula, tp sakitnya hanya Allah yang tahu. Rasa macam nak bersalin. Masa ni saya dah berpindah ke terengganu. Jadi saya ke Pusat Perubatan Intan untuk dapatkan nasihat doktor. Doktor scan dan nampak dinding menebal dan lambat gugur. Dia tak galakkan ubat untuk turun darah dan dia suruh berehat dirumah sebab memang akan sakit sikit, dinding terlalu tebal dan lambat turun darah.
Masa dpt MC dan duduk dirumah, darah yang turun dah macam air terjun, tak boleh menampung 1 pad. Asyik bocor je. Tilam pun habis kene darah. Kepala mula pening. Dalam masa 3 hari, darah tak berhenti keluar. Batuk je keluar, bercakap je keluar, berdiri je keluar. Adakah sebab saya tak period 2 bulan, dia datang macam 2 kali ganda???…Asyik baring je 3 hari ni. Hari ke4, dah mula OK sket. Doktor ada pesan, kalau sehari darah turun banyak, melebihi 6 pad, kene terus ke hospital, sebab dia risau kurang darah. Ngam2 saya pakai 6 pad pada setiap hari dalam 3 hari turun darah yang banyak. Ini kali pertama saya period banyak macam ni.
Alhamdulillah selepas Jun 2014, saya datang period seperti biasa dalam bulan2 seterusnya.

Thursday, January 23, 2014

Keguguran kedua di minggu ke6


Siapa yang tak sedih bila berlaku keguguran buat kali yang kedua. Maknanya berturut2 setelah gugur pada Oktober 2013. Mari saya ceritakan rentetan kejadian.
Saya test UPT pada 5 Januari 2014, dan ternyata positif. Hati gembira tak terkata. Share dengan husband, tp husband ada sket resah, dia ada terdetik dalam hati (katanya) kalau kali ni pun tak lekat, apa perasaan saya. Dia cuma senyum je. 6 Jan pergi scan di Klinik Sofea dan doktor cakap tak nampak apa2 kecuali kantung. Hmmm maybe terlalu awal,sebab semalam test UPT pun samar2. Doktor suruh pergi ke Az-zahrah yang ada scan lebih canggih.
7 Jan saya kerja seperti biasa. Saya ada angkat barang untuk talk di hospital tapi tak berat. 8 Jan saya pergi scan di Poliklinik UKM, dan doktor kata saya 5 minggu. Baby dah nampak cuma heart beat tak kelihatan lagi. 10 Jan saya balik kampung dengan suami dan anak sebab ada kenduri kawan. Saya balik sekejap je sebab 12 Jan ada perlawanan bowling keluarga suami di Shah Alam. 15 Jan saya perasan ada spotting coklat di panties. Hati dah resah sebab kejadian yang sama saya alami masa keguguran kali pertama. Jangan la jadi lagi, sebab saya teringin sangat nak cahaya mata. Saya terus ke Poliklinik UKM dan doktor bagi MC supaya saya berehat.
20 Jan saya ke KPMC utk dapatkan nasihat Dr Jamil yg buat D&C saya dlu. Bila doktor scan, masih takde heart beat dan Dr Jamil nasihatkan supaya saya D&C. Hati mana yg tak luluh dengar berita buat kali kedua. Kali ni saya nekad, saya tak nak tangguh lagi. Saya akan buat D&C dan Dr Jamil tetapkan 23 Jan pagi.
Seperti biasa saya berpuasa pada 23 Jan dan saya tau procedure bakal saya tempuhi dan sket pun saya tak risau. Saya lebih bersedia dan saya redha, ini la ketetapan dari Allah.
Kalau saya merancang nak 2,3,4 orang anak, tapi Allah dah terlebih dulu Maha Mengetahui berapa sebenarnya anak yang sesuai diberikan kepada saya,  saya bersyukur, kerana saya masih diberikan kesempatan untuk mencuba lagi. Hikmah yang tersirat dan tersurat hanya Allah saja yang mengetahui. Sada dpt MC sampai 4 Februari untuk berehat.