Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 28, 2015

Pengalaman semasa hamil 2nd trimester

Memandangkan hari ni dah 22 minggu, alahan tu memang dah takde, kecuali pening kepala pagi2. Memang tak pernah hilang, seolah2 tido 3-4 hari tak bangun2 (mcm la penah tido lama mcm tu). Sakit dia macam bersarang dalam kepala.

Bila nak tido malam, ke kanan tak boleh, ke kiri tak boleh, seolah2 baby tak selesa umi baring macam tu. Last2 tertido sendiri. Kalau tido terlentang, lagi la baby menendang, mcm dia lemas je. Uhuhuh..sakit bahu dan pinggang tu biasa la sebab kandungan dah besar, duduk plak atas kerusi je dok buat keje. Jalan pun skali skala je bila g toilet dan solat kat surau tingkat bawah.

Masa ngandungkan Danial, mmg kerap exercise kat swimming pool khas utk ibu mengandung. Lepas tu join program push push anjuran klinik kesihatan bangi. 4 sesi juga dalam sebulan, memang banyak belajar dan keadaan kesihatan pun bagus. Kerja dlu kt KL mmg banyak berjalan, sebab susah cari parking dekat2 dengan klinik or hospital untuk servicing. Kalini mmg kebanyakan dok ofis. Parking keta depan tangga. Naik tangga je dh ofis, mmg kurang sangat exercise. Kalau g Mydin Gong Badak tu, mmg jalan sket je dah tercungap. Tu belum menjerit2 suruh Danial behave dan jangan main escalator. Haish, macam mana la nak exercise ni. uuhuhuh...

So far takde masalah besar masa pregnant kali ni. Teringin nak makan itu ini mmg ada, tp kadang tahankan aje kalau benda makan tu merepek2. Setakat ni dah makan benda yg teringin seperti steak, cendol, paih ikan patin masak tempoyak, nasi kukus ayam berempah, nasi bajet airport. Skang ni tekak teringin roti bakar n kopi ais Hai Peng Kemaman. Haritu pegi tutup, lupa plak tutup jumaat. Nanti nak g kalau keje Kuantan, lalu kemaman. Sushi Shasimi pun teringin, tp tahankan aje sebab mentah ikannya. Tunggu lepas bersalin la kot..

GDM semasa hamil

Adoi...1st time plak sangkut GDM lepas minum air gula hari tu. Result 7.9..boarder line je tuh sb nurse kata dia nak 7.8 ke bawah lepas minum air gula. so, terpaksa lah mengadap nurse 2 minggu sekali.

BSP kene buat 4 kali untuk monitor gula dalam darah. Dah 2 kali buat BSP dan normal. So kene control diet je la. So far, mmg saya control diet. Makan pagi pun roti dengan air koko tanpa gula. Tengahari, nasi sikit dan sayur n buah. Petang makan biskut kering n air masak suam. Malam makan nasi dengan lauk sket. Ada 2 kali lg nak kene buat BSP, so kali ke3 & ke4 saya buat sendiri sebab dah beli mesin blood glucose test. So tak yah la nak mengadap klinik dari pagi sampai ke malam.
HbA1c saya normal 5.2..so jsut control diet saje.

Harap2, baby tak besar sebab kebanyak ibu GDM dapat baby besar. Risau juga kan. Ada yg kata, kalau GDM kene induce, kalau takde tanda lepas EDD.

Skang kandungan dah 22 minggu dan perkembangan baby sama dengan tarikh EDD/LMP.




Monday, October 26, 2015

21 minggu 5 hari


Hari ni saya dah masuk 21minggu 5 hari. Kepala dah makin berat, jalan pun dah makin slow. Dulu naik tangga nak masuk ofis, ligat je, tapi skang, rasa beratnya la hai...

Harini patut ada check up dekat KTS. Tapi doktor pakar ada hal plak..ni kali ke5 kot asyik postponed je. Haish..Ingat nk g check up dekat Pusat Perubatan Intan plak la lepas ni. Takde la asyik frust je, bila KTS call doktor tak free..

Ok, la..saya dah nak gerak ke KTS..tadi nurse call kata doktor dah ada petang ni. Dapat la tengok anak umi ni..lama dah tak scan.

Sunday, August 16, 2015

Danial bakal jadi Abang Long



Syukur Alhamdulillah, setelah berusaha dan terus berusaha dan berdoa, akhirnya saya disahkan hamil buat kali ke4. Doa dan harapan kali ni, agar bayi dalam kandungan kekal sihat dan aktif sampai saat melahirkan. 

Lama sungguh saya tak update blog (saya lupa password sebenarnya). Entry kali ni saya nak share pengalaman dan berita gembira yang tidak diduga oleh saya. 

Saya mencuba untuk hamil, start saya period normal pada Jun 2014. Dari Jun 2014 sampai la Jan 2015, masih tak berhasil. Saya guna BBT dan OPK untuk detect OV dan sememangnya tepat setiap bulan saya OV cycle yang sama iaitu CD21. Tapi yang pelik, tak lekat2. Mungkin belum ada rezeki. Sampai la sekali tu, saya terbaca tentang lutheal phase (LP). Dalam article tu tulis, normal LP 14 hari. Saya kira saya punya LP dalam 8 hari. Artikel tu kata, kalau less than 10 days, baby takkan terbentuk sebab tak cukup masa untuk pembetukkan dan perlekatan. Saya dah mula risau. Dulu cycle day period saya 31-33 hari dan OV cd18-19. Sejak saya gugur 2 kali, cycle day tetap sama, cuma OV jadi cd21-22, maknanya LP saya jadi pendek. 

Saya google, cara apa untuk panjangkan LP saya. Salah satu cara ialah makan hormon estrogen (Duphaston). So, Jan 2015, saya amek Duphaston start lepas OV sehingga la 14 hari. Lepas stop makan, esoknya period. Feb 2015 pun saya makan lagi. Dicadangkan makan dalam tempoh 3 bulan. Tapi sebab mahal sangat, saya amek 2 bulan je. 20 tablet pun dah RM75.00.. uhuh..mahal beno..makan setiap 12 jam. So 2 biji sehari. Sekotak tahan 10 hari. Sebulan nak kene beli 2 kotak, dah berapa kan. So, saya beli 3 kotak untuk 2 bulan. Masuk Mac 2015, saya perasan LP saya jadi panjang which is 14 hari. Alhamdulillah. 

Nak dijadikan cerita, waktu saya OV bulan April, saya outstation, so berlalu begitu saya waktu subur. Seminggu sebelum period akhir bulan April tu, saya dan husb pegi derma darah di KTC (Kuala Terengganu Centre). Lama sungguh saya tak derma darah. Last derma masa sebelum kawen. Dalam kepada dok fikir, mana la tau, lepas derma darah, darah baru akan dihasilkan, seolah2 darah fresh untuk perlekatan baby. Lepas seminggu, patut period datang, tp tak de plak. Lepas seminggu pun masih tak muncul. Tapi test UPT negative. 14 hari lepas waktu period sebenar, baru la datang period. Mungkin darah tak cukup kot, sebab derma darah (rasanya la).

Bulan Mei, saya period 27 Mei 2015. Tak lama lepas tu puasa (18 Jun 2015). Waktu OV saya 16 Jun 2015. So, saya cakap dengan husb, bulan puasa nanti nak perbanyakkan amal ibadat, nanti malam penat. Penat dengan kerja dekat ofis dan dengan melayan karenah danial. So, masa OV tu saya dan husb doa banyak2, supaya dapat diberikan rezeki anak buat kami.

Next period saya sepatutnya 30 Jun 2015. Saya cek UPT pada 27 Jun (tak sabar punya pasal). Tapi negative. Takpela, mungkin belum rezeki. 1 July 2015, saya cek UPT lagi sekali. Selalunya lepas celup, saya akan tunggu. Tapi kali ni, saya terlupa plak. Sebab saya cek tengah hari, time lunch (saya balik rumah, semata2 nak cek UPT). Lepas makan, saya ke toilet, baru teringat UPT saya celup tadi. Alangkah terkejutnya bila tengok ada 2 line pekat. Saya terus tunjuk pada husb dan dia terkedu. 

Syukur Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan. Alahan masih belum terbit. Minggu seterusnya, baru la datang alahan. Pedih hulu hati, angin dan pening. Memang tak disangka saya berpeluang mengandung untuk kali ke4. 

Sekarang saya nak masuk 12 minggu. Degupan jantung baby kuat dan pertumbuhan dia selari dengan perkembangan normal. Andai diberikan rezeki, In Shaa Allah, Danial bakal menjadi Abang Long.