Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 11, 2013

Keguguran minggu ke10 (bahagian 2)

Tgk muka Danial pun dh ckup buat Ummi senang hati.

Sambung balik citer....
28 Sept: Nak pegi Karnival Usahawan Desa putrajaya. Teringin nak beli serunding, paste rojak buah n kordial rosselle buat stok. Sblm gerak ke putrajaya siap beg Danial dlu. Pergi toilet, tgk ada darah. Dah mula risau. Cerita dengan husb dlm keta, husb suh call mak kt kampung. Mak suruh terus g klinik. So, patah la balik g cari klnik, dh pusing2, 3 klnik takde ultrasound. So last2 g az-zahrah. Doktor periksa, kantung baby masih sempurna, cuma elakkan angkat berat dan kene rehat secukupnya. Alhamdulillah takde apa2.

29 Sept: Nk juga pergi Karnival. Penat juga la jalan2 kt putrajaya, dah la ramai orang, panas plak tu. Yg penting saya dapat apa yg saya nak. Smpai rumah, tgk banyak lg darah.

30 Sept: Saya tak masuh ofis sb Danial demam nk tumbuh gigi. Tp petang saya ada talk di Kem Sg Besi. Sampai di kem perut rasa tak sedap. Saya cerita dekat Dr yg ada kat situ. Dr periksa perut n scan, nmpak baby takde tp karung baby je ada. Dr suruh tgu lagi seminggu utk tgk progress baby. Tgh drive balik, perut rasa sakit, dan minta husb teman g panel. Dr scan bg surat utk bawa ke hosp serdang, sb takut miscarriage. Smpai hosp serdang, Dr suh baring utk scan. Scan lagi...adoiii...sblm Dr dtg buat scan, saya pandang sekeliling EPAU (early pregnancy assessment unit). Ada alat besi bentul mulut itik dan besi panjang bergerigi dengan penuh darah atas meja. Menyeramkan. Nape la tinggal macam tu je, tak hygiene langsung. Dr pun dtg scan n ckp benda yg sama suh tunggu lagi 2mgu. Dr bg tarikh 14 oct utk check up. Saya dapat MC seminggu utk rehat. 30Sep-6Oct, rehat dirumah. Alhamdulillah husb ada leh tlg jaga Danial n buat keje rumah.

7Oct: Husb suh g klinik sb saya masih bleeding, takkan nk masuk keje. Nanti lg worst. Saya pegi Poli UKM. Dr Faz check n ckp baby grow without heartbeat. Dr suh saya decide, nk terus buat D&C or tunggu lagi seminggu utk gugur sndiri. Masa tu saya tak terkejut, masih terpinga. Dr ckp it's common, klu baby tak sempurna, dia akan gugur sndiri. Husb tgu dlm kereta sb Danial tido. Masuk keta, husb tanya. Terus saya nangis x brenti. Sb macam tak sangka. Ingatkan masih leh selamat. Saya diberi MC smpai 8Oct.

9 Oct: Masuk ofis utk buat keje2 terbengkalai. Lama sunggu tak masuk ofis. Masa OTW nk balik rumah, saya decide nak terus buat D&C. Ramai kawan2 yg ada experience ckp, jgn tgu gugur sndiri sb sakit, Takut jadi masa drive, or masa keje kat luar, lgi susah. So, sampai rumah ckp dengan husb nk buat D&C. Husb suh survey hosp mana nk pegi. BFF banyak membantu walaupun dia kat NZ. BFF suh pegi KPMC. Saya pun survey n ramai bg postitif feedback. Terus saya call KPMC kajangn bgtau nk buat D&C esok.

10Oct: Masa yg dinanti dh tiba, Dr Jamil check perut n scan. Saya diletakkan di bilik Intan tingkat 2..sebilik dengan Ivy warga filipina. Dia pun buat D&C. Jam 11.30 nurse dtg masukkn ubat kat bawah utk dilated uterus. Pukul 12.30 masukkn jarum n inject ubat utk cairkan darah. Pukul 1pm inject kt bontot utk bekukan darah. Dlm masa sejam tak leh bangun sb nk bg ubat masuk dlm badan. Masa tu Ya Allah sakitnya mcm nk bersalin. Ada contraction setiap 3 minit mcm tu. Pukul 2pm nurse dtg ambil saya bawa ke labour room. Dr Jamil masukkan ubat bius melalui jarum kt tangan n nurse letak gas kat mulut. Lpas tu x ingat apa, sedar2 dh ada dlm bilik, husb ada kt sebelah. Tgk jam pukul 2.45pm. Terlelap lagi, jaga2 jam pukul 4.15pm. Nak bangun tapi tak larat. Makanan pun sampai, makan sambil berkhayal. Nk balik tapi tak terdaya.Nurse tak bagi balik, selagi tak boleh bangun. Pukul 6 lebih husb ajak balik sb rindu dekat Danial. Dgr je nama Danial terus hati meronta nak balik, Bil hosp cuma RM582 je. Wahhh KPMC servis bagus, harga pun murah juga. Nape az-zahrah RM1800 utk D&C?...

Smpai rumah tgk muka Danial, hilang sakit.

Terima kasih Ya Allah kerana saya masih diberikan nyawa utk meneruskan hidup besama suami dan anak. Walaupun sedikit sedih di atas kehilangan kandungan ke2, tp yakin hikmah Allah lebih besar.

Keguguran minggu ke 10

24 Ogos 2013 laju je tangan ni amek UPT. Sepatutnya esok jangka period. Sebabkan tak sabar buat la test. Alhamdulillah positif. Excited sangat terus call husb. Husb pun syukur sebab apa yg kitorang rancang berhasil.
25 Ogos 2013, ada banyak tempat nak kene pegi. Ada open house di PJ, pureen stock clearance dan kenduri kawen kawan di Shah Alam. Bayangkan saya pergi semua tu berdua je dengan Danial. Memang saya akui agak penat, sebab kadang2 nk kene dukung Danial. Tp saya tak risau, sb diawal kehamilan saya jangkakan masih boleh buat keje2 berat.

2 Sept 2013 terus buka buku pink di Klinik Desa Bangi Lama. Lepas tu nurse suruh cek up di Klinik Bandar Sri Putra. Sronok sangat dapat buat buku pink. Dok cakap dengan Danial, nanti dapat adik, boleh main sama2.
6 sept 2013 balik kampung berdua dengan Danial sb husb masih kerja di Kangar. Saje balik sebab lama tak balik. Minggu satu lagi pun balik kampung sb sepupu kawen dan sambut besdey Mama. Memang penat gak la drive dari KL ke Kuala Kangsar setiap minggu. Danial plak kadang2 menjerit2 nak susu. Menjerit2 nk bangun main dalam keta. Susah juga kalau dah terlepas R&R. Tragedi..uhuhuh
23&24 Sept meeting di Westin Hotel. 2 hari yg agak memenatkan. Susah nk rehat sb bila balik keje, bukannya leh tido trus. Nak kene main dulu dengan Danial. Sehari suntuk tinggal dia, x kan x main kan. Dah main bg penat, baru leh tido.
26 Sept  pegi ofis utk ambil barang2 utk talk kt Selayang esoknya. Banyak juga angkat barang. Lupa pulak diri ni pregnant. Time ni nak masuk 9 minggu. Angkat 2 carton susu, goodie bag dan mcm2 lagi la. Itu baru angkat ke troli, belum tolak ke kereta and bawa masuk keta lg..Fuh rasa sangat penat.
27 Sept Ceramah di selayang. Berdiri dalam setengah jam lebih la, nak prepare projektor dan bagi talk. Lepas tu rasa tak sedap kt perut. Sengal2 mcm tu, tp masih leh tahan.