Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 11, 2013

Keguguran minggu ke 10

24 Ogos 2013 laju je tangan ni amek UPT. Sepatutnya esok jangka period. Sebabkan tak sabar buat la test. Alhamdulillah positif. Excited sangat terus call husb. Husb pun syukur sebab apa yg kitorang rancang berhasil.
25 Ogos 2013, ada banyak tempat nak kene pegi. Ada open house di PJ, pureen stock clearance dan kenduri kawen kawan di Shah Alam. Bayangkan saya pergi semua tu berdua je dengan Danial. Memang saya akui agak penat, sebab kadang2 nk kene dukung Danial. Tp saya tak risau, sb diawal kehamilan saya jangkakan masih boleh buat keje2 berat.

2 Sept 2013 terus buka buku pink di Klinik Desa Bangi Lama. Lepas tu nurse suruh cek up di Klinik Bandar Sri Putra. Sronok sangat dapat buat buku pink. Dok cakap dengan Danial, nanti dapat adik, boleh main sama2.
6 sept 2013 balik kampung berdua dengan Danial sb husb masih kerja di Kangar. Saje balik sebab lama tak balik. Minggu satu lagi pun balik kampung sb sepupu kawen dan sambut besdey Mama. Memang penat gak la drive dari KL ke Kuala Kangsar setiap minggu. Danial plak kadang2 menjerit2 nak susu. Menjerit2 nk bangun main dalam keta. Susah juga kalau dah terlepas R&R. Tragedi..uhuhuh
23&24 Sept meeting di Westin Hotel. 2 hari yg agak memenatkan. Susah nk rehat sb bila balik keje, bukannya leh tido trus. Nak kene main dulu dengan Danial. Sehari suntuk tinggal dia, x kan x main kan. Dah main bg penat, baru leh tido.
26 Sept  pegi ofis utk ambil barang2 utk talk kt Selayang esoknya. Banyak juga angkat barang. Lupa pulak diri ni pregnant. Time ni nak masuk 9 minggu. Angkat 2 carton susu, goodie bag dan mcm2 lagi la. Itu baru angkat ke troli, belum tolak ke kereta and bawa masuk keta lg..Fuh rasa sangat penat.
27 Sept Ceramah di selayang. Berdiri dalam setengah jam lebih la, nak prepare projektor dan bagi talk. Lepas tu rasa tak sedap kt perut. Sengal2 mcm tu, tp masih leh tahan.

No comments: