Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 7, 2011

Aku disahkan mengandung

Sepatutnya aku datang bulan 3 Nov 2011..tp skang dah 7 Nov 2011..baru 4 hari, takkan dh excited nk cek pregnant kan?..over plak..memandangkan, kaki aku kerap cramp dan kepala selalu pening, suami aku suh aku g klinik amek ubat..yelah, nk keje pun x larat..so, hari ni 7 Nov 2011, aku ke klinik utk amek MC sb tak larat nk keje..

Doktor Rahimi Klinik Sofea mcm dpt agak je yg maybe aku pregnant..dia suh aku kencing utk cek pregnant..aku malas la, sb kalau leh, aku nk buat sendiri kt rumah utk dpt excitement sendiri bersama suami..dh dia suh kencing, aku pun buat la..dia pun cek, ternyata aku disahkan mengandung..aku kawal emosi, nk jerit gembira pun ada, tp malu dengan doktor..tp aku kawal..sbkan aku kawal kegembiraan, doktor leh tanya aku "awak ada suami kan, awak dh kawen kan?"..nape????..nape ckp mcm tu..maybe sb aku kawal emosi aku, seolah2 aku mengandung tanpa suami ke?..ish ish ish..doktor ni pun satu...smpai skang aku ingat kata2 doktor tu..

balik je rumah, aku terus call suami (dia outstation kt Kulai, Johor)..seronoknya tak terkira..akhirnya, penantian selama 3 bulan selepas berkahwin, ternyata membuahkan hasil...

aku mmg nak sangat baby..lepas je kawen, mmg x fikir apa dah..mmg rancang nk baby je..apa je buku pasal nk dpt baby, aku baca..blog apa je terlintas pasal cara nk dpt baby dengan cepat, aku baca..smpai aku tanya kawan2, mcm mana nk kira hari subur..smua aku buat..dari exercise, makanan, petua petui, smua aku ikut..Alhamdulillah..aku akan jaga kandungan ni smpai saat dilahirkan..terima kasih Allah atas pemberianMu ini..aku takkan sia2 kannya..dan aku akan asuh anak ini menjadi anak yg soleh, mengikut ajaran agamaMu Ya Allah..

Sunday, October 2, 2011

adik bongsu selamat jadi suami org

Semua anak-anak encik razak dah ada keluarga sndiri...skang ni nak meramaikan zuriat keluarga encik razak..Syukur Alhamdulillah..semoga Allah mengurniakan cucu yg soleh dan solehah kepada Encik Razak dan Puan Faridah

Alhamdulillah, telah bergelar isteri




Syukur ke hadrat Allah SWT, pada 16 Sept 2011, sempena Malaysia Day, dengan sekali lafaz, aku telah bergelar isteri kepada Encik Faizal Jumali di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar..kelakar pun ada sebab sampai sekarang, x percaya aku dh jadi isteri orang...
Jurumekap, K.Intan, memang hebat..mcm mana dia transform muka aku jadi jelitawan pun, smpai skang aku musykil..aku ni bukanla cantik sgt..bila dia mekap, aku leh jadi terpaku tengok muka aku sndiri depan cermin, tak percaya langsung..hebatnya...

seronok dapat jumpa kawan2..perkara yg paling membahagiakan hidup aku ialah, dapat menjadi isteri kepada hubby ku Faizal...

tp pelik gak, nape lepas lafaz nikah, aku tak rasa apa2 pun..hmmm, ada org kata sebak, ada rasa lega..tp, dlm kepala aku kosong...maybe aku banyak fikir pasal keje kot..yela, lepas kawen je, aku mmg takleh cuti sb keje aku berlambak..maybe terlalu stress fikir keje, aku x fokus plak pasal akad nikah...anyway, jadi raja sehari mmg best...dpt plak pegang tangan hubby aku...



Terima kasih yg tidak terhingga kepada sahabatku Rose Azlinawati..dia byk tolong aku dari awal smpai la habis kenduri..dia tlg basuh pinggan, buat air, kemas rumah, jadi pembantu mak andam lagi..dia jugakla pengapit..takde dia, mmg kelam kabut jadinya..tp aku ada sket terkilan sb tak dapat nk spent time lama2 dengan dia, lepas hantar dia balik rumah di sepang..sorry sangat2 Rose..smpai skang, aku rasa terkilan..insyaAllah, ada rezki, aku nak bawa dia jalan2..
dia mmg baik..



Kepada bestest friend aku Noor Soffalina, walaupun kau jauh dinegeri orang, dlm hati aku tetap ada kau..hubby aku pun sebut nama kau "alangkah sronoknya kalau Soffa ada kan?"...dia pun tau, kau penting dalam hidup aku...

Terima kasih semua yg telah membantu menjayakan majlis perkahwinan ku...Allah sahaja yg dapat balas budi baik kalian...