Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 7, 2016

Pengeluaran KWSP bagi tujuan pembelian rumah 1 Malaysia

Baru baru ni, saya beli rumah 1 Malaysia memandangkan harga dia murah dan itu saje yang mampu saya miliki. Saya tanya bank dan lawyer, adakah layak untuk saya keluarkan KWSP akaun 2 untuk membuat pembayaran lawyer dan pembayaran ansuran perumahan. Mereka kata boleh dan mereka ajar saya macam mana nak keluarkan KWSP akaun 2.

S&P dan surat bank telah pun saya terima, jadi saya pun ke KWSP untuk membuat pengeluaran, Alangkah terkejutnya saya bila pegawai tersebut cakap, sekiranya saya keluarkan duit untuk perumahan, 4 perkara lagi dibekukan seketika sehingga perumahan selesai di bayar. Perkara yang akan dibekukan adalah:
1. Pendididikan'
2. Kesihatan
3. Pengeluaran umur 50 tahun
4. Menunaikan haji,

Ada syarat plak, walaupun nak keluarkan duit sendiri. Nak buat macam mana, kalau dah nak keluarkan duit untuk tujuan perumahan pun susah, apatah lagi nak keluarkan bagi tujuan lain lain seperti di atas. Jadi, saya ambil keputusan untuk keluarkan juga. Kalau tak keluarkan, bila pulak nak dikeluarkan.

Cuma saya tak sangka lah. Adakah negara kita kekurangan kecairan wang untuk di"roll". Duit hanyalah nombor di dalam akaun, hakikatnya tiada.

Wednesday, June 29, 2016

Dalia prolonged jaundice dan saya kena angin meroyan

Baru je 2 hari bermalam di rumah lepas bersalin, nurse suruh bawa Dalia ke klinik sebab kuning dia ketara. Bila check, tinggi sangat dan kene naik ambulan. Saya memang tak dapat terima kenyataan. Sebab baru sangat dapat bau baby. Saya taknak bawa naik ambulan dan nak bermalam satu hari lagi dirumah. So, doktor bagi surat atas tanggungjawab sendiri.

Bila dah lepaskan rindu bermalam dirumah, saya google cari tempat mana sesuai untuk hantar Dalia. Bila baca review, parent mention Pusat Perubatan Intan. Harga rm200 satu malam dan selalunya 2 hari dah boleh keluar. So, esok pagi terus ke Perubatan Intan. Nurse pakai scan kat dahi je, takyah ambil darah kt kaki.. Hmm, menakjubkan. Tinggallah dalia 2 malam dan saya dtg jenguk 2x sehari. Plan nk bg susu bdn, tapi setiap kali datang, dia tido kekenyangan susu formula. Takpelah asalkan dia sihat.

2 hari dalia di Perubatan intan, nurse call bgtau boleh balik sb bacaan dah turun. Alangkah gembiranya hati. Bermalamlah dalia bersama kami di rumah.

Keesokan hari, ada check up di klinik kesihatan seberang takir, spt biasa nurse ambil juga bacaan bilirubin yg bg saya tak perlu, sebab baru je balik dari Perubatan intan. Alangkah terkejutnya saya, bacaan masih lg tinggi. Rasa nak marah pun ada. Terus doktor suruh naik ambulan sb saya dh tepis sblm ni. Kali ni doktor tak bagi saya elak lagi. So naik la ambulan ke hospital dengan keadaan terpaksa.

Sampai hospital, saya assume boleh la stay sekali dgn baby, tapi hampa, katil penuh terisi dgn ibu2 yg ada baby lebih kritikal. Hati dah sebak nk tinggalkan Dalia. Doktor plak muda, takde perasaan, dia ckp "puan, semua dh setel, boleh balik".. Baru nak cium cium Dalia, doktor tak menyempat2 tarik katil baby, saya pun sentap la.. Terus lari g toilet, nangis sepuas hati.. Seolah2, saya ibu tak bertanggungjawab tinggal kan anak. Masa tu dah rasa pelik satu badan. Sengal2 dan bisa2. Call mama dekat kampung. Mama suruh sabar dan bertenang dan dia ckp ada tanda2 meroyan.

Dengan pantang x habis lg, luka tak baik lagi, saya dok ulang alik ke hospital. Menangis tak berhenti2 di rumah, dlm perjalanan ke hospital, masa menunggu nak dapat baby, time makan, masa berurut dan boleh katakan sepanjang masa saya menangis. Memang sah saya dah kene angin meroyan.

Hanya 1 malam sahaja dalia di hospital akhirnya di benarkan balik kerana bacaan turun sebanyak 3 kali.a Walaupun dibenarkan balik, dalia perlu rutin check up di klinik kesihatan. Setiap kali ambil bacaan bilirubin, bacaannya tak turun ke paras normal sampai lah umur dalia 4 bulan. Doktor bgtau ini normal sebab dalia sihat tak demam.

Bayangkan seorang ibu dengar bacaan jaundice tak turun, semua benda dia buat utk bagi bacaan turun. Bagi susu kambing, air anggur, mandi titisan herba jaundice yg harga sebotol kecil RM70 dan mcm2 lagi saya buat. Semuanya tak membuahkan hasil. Akhirnya saya baca satu artikel berkaitan prolonged jaundice. Susu ibu yg menyebabkan anak tu prolonged jaundice. Ada satu komponen dlm susu ibu yg membuatkan bacaan tu tak turun2. So, kesimpulannya, susu ibu tidak membayakan, cuma organ hati utk merungkai bilirubin ambil masa yg agak lama disebabkan kehadiran komponen dalam susu ibu ni di dalam diet anak tersebut. Asalkan anak sihat dan aktif tak jadi masalah.

Tak perlu risau dan selalu tanya doktor tentang kesihatan anak. Jangan memandai2 bagi mcm2 dekat anak yg boleh mengganggu kesihatan anak

Monday, February 29, 2016

Pengalaman bersalinkan Yang Dalia


Bersalin anak kedua, orang kata mudah dan mungkin cepat. Ternyata tekaan saya meleset. Anak kedua, saya ada GDM, jadi kene induce 39 weeks. Masa anak pertama induce sebab overdue..uhuh..bertabahlah.

Saya serah diri pada 25hb Feb 2016 pukul 10 pagi. Urusan kemasukkan ambil masa dalam sejam lebih. Saya dapat katil dalam pukul 11.30 pagi. Suami dah siap siap barang saya dan balik sebab Danial balik sekolah jam 1 tengah hari. Petang tu, dalam pukul 2, doktor masukkan ubat separuh sebab bukaan saya sudah 2cm. Waktu melawat petang, suami dan danial ada. Sembang sembang sekejap. Masa tu sakit tak datang lagi. Jam 7 petang, ada sedikit berdenyut macam period pain tapi tak sakit sangat, Jam 10 malam, perut mula mengeras dan sakitnya dah mula kuat. Saya cuba baring dan berzikir.

Sedar dah subuh sebab terdengar azan berkumandang. Saya mandi dan solat subuh. Selesai solat subuh, saya ke toilet untuk kencing, tiba tiba satu ketulan darah jatuh dalam toilet bowl. Saya ke katil semula dan sakit mula bertambah kuat. Sakitnya sampaikan saya dah tak boleh berjalan. Bongkok pun sakit, bertenggong pun sakit, nak naik katil baring lagi la sakit. Saya jalan pelan pelan ke meja nurse untuk bagitahu saya dah sakit sangat. Sampai meja nurse, nurse kata kene tunggu doktor sampai jam 7.30 pagi untuk buka jalan. Ya Allah, kene tunggu lagi 1 jam sebab sekarang baru pukul 6.30 pagi. Saya dah tak tahan sangat. Hembus nafas perlahan pun sudah, kuat pun sudah. Jam 7 pagi nurse bagitau doktor dah sampai. Gembiranya hati, tapi masih sakit. Nak jalan pun dah rasa nak mati. Untuk cek jalan, kene masuk bilik procedure. Rasanya macam nak kene jalan 1km jauhnya. Saya menapak pelan pelan. Sekejap berenti sebab sakit sangat. Akhirnya sampai di bilik procedure. Doktor dah tunggu dengan glove di tangan. 6cm!!!!...Ok, dah boleh tolak ke labour room. Syukur dah boleh nak bersalin. Tapi, kene menapak balik ke katil untuk ambil baju baby. Kali ni, jalan agak laju sikit sebab dah tak sabar nak bersalin.

Nurse datang dengan kerusi roda dan saya pangku baju baby (lupa nak ambil stokin utk diri sendiri). Sampai labour room, nurse pasangkan drip, cabut bantal dekat bahagian bawah katil untuk mudah sambut baby, siapkan tempat letak kaki. Jam pukul 8 pagi. Sakitnya kejap datang dengan kuat, kejap reda dan boleh buatkan saya terlelap sekejap. Pukul 9 pagi sakit kuat datang dan saya rasa nak push, nurse tengok kepala baby dah nampak sikit, Nurse minta no telefon suami untuk dia call. Saya cakap, saya dah bagitahu dan mungkin dia ada di luar. Kemudian nurse panggil suami saya masuk. Doktor pelatih, nurse dan doktor pakar ada bersama sama dan suruh saya push. Saya push tapi tak lepas. Saya push banyak kali juga, tapi saya dapat rasanya tiada pergerakkan. Masa bersalinkan danial dulu, bila saya push, saya dapat rasa, ada pergerakkan sedikit, walaupun tak banyak. Kali ni macam push, tapi tak keluar. Nurse kata cara saya push salah. Habis tu macam mana, dah anak kedua pun. Hampir setengah jam push, saya dengar bunyi bip bip pada mesin sebelah, Doktor cakap fetal distress. Doktor minta suami keluar sebab dia akan jalankan vacuum. Lepas vacumm, saya dapat rasakan baby keluar. Tapi belum ada tangisan. Doktor kata jangan risau, baby di bawa ke wad sebab procedure. Sekiranya ibu bersalin vacuum atau forcep, doktor pakar kanak kanak akan periksa baby dulu. Saya tak risau dah lepas dengar doktor cakap macam tu. Tak lama lepas tu, nurse datang bawa baby dan letakkan dekat dada saya. Nurse kata cium baby dulu, nanti dah bawa ke pakar kanak kanak, risau rindu pulak.
Alhamdulillah saya selamat bersalin jam 10.04 pagi, Punya la lama bertarung untuk keluarkan anak kedua ni.

Semasa urusan keluarkan uri, ada tumpah darah. Saya kehilangan 500cc darah. Disebabkan itu, saya perlu baring sekurangnya 6 jam. Pukul 4 ptg, barulah saya ditolak semula ke wad. Bayangkan 6 jam baring tanpa stokin. Urat badan saya dah mula sakit. Kepala dah mula pening. Saya masih tak jumpa baby saya lagi. Saya belum menyusukan dia lagi. Angin meroyan mula nak datang sebab saya dapat rasakan yang anak saya tak sayangkan saya. Kejap kejap perasaan hiba tu datang. Saya tahan juga. Mujurlah suami saya ada. Saya tak fikir sangat. Pukul 6ptg, saya pujuk nurse nak jumpa baby. Pada mulanya nurse tak bagi sebab saya kene rehat lagi. Bila nurse tengok saya mula nak menangis, dia suruh saya jalan pelan pelan. Suami saya bawa kerusi roda dan tolak saya ke wad SCN. Tak sabar nak tengok wajah baby saya.

Bila nurse tolak katil baby ke arah saya, alangkah gembiranya dapat melihat wajah baby yang saya kandungkan 39 minggu. Tiba tiba saya menangis, tak tahan rasa sebak yang dah lama saya tahan. Bila dah mula nangis, susah pulak nak brenti. Rupanya inilah dia meroyan yang mak saya pernah cakap dulu. Nurse anak ambil balik baby sebab dah habis waktu melawat. Saya tak sanggup tinggalkan anak saya di wad SCN. Saya merayu pada nurse nak bawa anak saya naik wad saya. Nurse kata dia tak berani sebab kene tunggu doktor pakar. Saya merayu nak jumpa doktor pakar. Nurse risau tengok keadaan saya, dia suruh saya bertenang. Memang saya bertenang, tapi tangisan saya tu, tak boleh berenti. Saya pun pelik. AKhirnya doktor pakar benarkan saya bawa baby balik ke wad, tapi bukan saya yang bawanya, tapi nurse.

Saya pun pulang semula ke bilik dan suami saya pun pulang ke rumah sebab Danial di rumah jiran. Dia pun menangis sebab tinggalkan dia sorang sorang.

Tepat jam 10 malam, nurse bawa baby saya ke bilik. Ya Allah, seronoknya bukan main. Saya tak tidur, walaupun penat bertarung bersalinkan baby, sebab tak puas tatap wajah baby. Saya perasan, saya dah mula nak dapat meroyan sebab sebak, hiba dan menangis tu buat saya tak tentu arah.

Keesokkan hari, 27hb doktor bagitau saya dah boleh balik sekali dengan baby. Seronoknya. Danial paling tak sabar nak tengok adik dia.

28hb nurse datang rumah untuk periksa baby dan saya. Nurse kata baby mungkin demam kuning...yang ni nanti saya sambung cerita..bab demam kuning pulak ye..

Thursday, January 14, 2016

2nd degree Indeterminate APH

7hb Jan 2016
Pergi keje macam biasa. Sakit celah kangkang tu macam biasa la, hari-hari rasa sakit. Perut pun makin besar, menekan plak tu, kalau jalan lama sikit, memang akan sakit. Kalau nak turun or naik tangga, memang rasa nak nangis je. Tapi apakan daya, ofis tingkat 1.

Petang mandikan Danial dan solat jemaah Maghrib. Lepas solat, pegi toilet, nampak darah kat panty liner. Bukan sikit, tapi banyak. Darah yang merah pekat menyala. Dah risau, tapi Danial dan husb lapar tak makan malam lagi, takkan nak pegi hospital plak kan. Saya dah makan berat petang tu, so tak rasa lapar. Biar Danial and husb makan dlu, baru siap2 g hospital. Bawa barang2 utk saya je, barang utk baby tak bawa.

Sampai HSNZ dalam pukul 8.45pm. Nurse amek detail and check buku pink. Dia suruh baring and doc datang cek. Vaginal bleeding ni leh jadi macam2, maybe placental previa, cervic erosion, polyps and placental abruption. So doc cek smua tu takde, tapi naik pelik, mana datang darah tu. Saya tunjuk gambar darah kat panty liner, sebab mesti susah nak describe kat doc nanti. Pukul 9 lebih, doc lain datang utk scan dan dia cakap, kemungkinan PA (plancental abruption), lagi la berdebar, cuak, panik. Masa cek smua tu, baby memang sangat aktif. Baby distress ke? Doc suh siap pakai baju utk warded. So, husb antar beg baju kat ward 2C. Dia tak leh masuk sebab ada Danial. So dia pass kat jaga je, jaga bawa masuk beg ke katil 6. Dah siap pakai baju, nurse tolak g ward and siap2 nak tido. Call husb and suh dia doakan supaya saya dan baby selamat.


8hb Jan 2016
Doc buat round and tanya ada any discharge tak. Memang warna darah merah takde, cuma spotting brownish je. So, mmg doc tak recommend utk balik, sebab kena observe 24h. So memang takleh balik lagi la kan. Setiap 3 jam, nurse akan datang amek BP and cek heart rate baby. Saya plak kene kira fetal kick 9am-9pm. Dah cukup 10 times, kene lapor kat nurse pukul berapa. Alhamdulillah makanan dekat HSNZ sangat sedap dan saya sangat selera makan. 

9hb Jan 2016
Doc round dengan HO, MO and Pakar. Kali ni doc cakap nak observe lagi, even though dah takde discharge. WTH???? Buat apa la saya dok congok tengok siling. Ubat tak bagi, drip takde, hanya lah observation. Sungguh bosan. Kalau on medication, saya faham la. Ini saya dah takde darah keluar. Dorang nak simpan saya untuk apa ekkk...Routine yg nurse buat hanyalah BP dan heart rate baby. That's all..come on la. Bagitau la saya sesuatu. Doc pakar tak bagi balik lagi, saya tak tanya la kenapa, sebab saya just patient. 

10hb Jan 2016
Doc round pagi dalam pukul 9am. Doc pakar suruh nurse cucuk dexamethasone utk matangkan paru2 baby. At last!!!!..ada juga ubat masuk dalam badan ni. Yang sedihnya, doc bagtau, ubat ni kene cucuk 2 kali, gap 12h. So kalau cucuk 9am, next is 9pm, so dia kata stay lagi satu malam. Ya Allah..kenapa tak cucuk masa awal2 warded tu, kan ke esoknya dah leh balik. Kenapa simpan saya lagi..

Terkejut, doc pakar round lagi kul 11am. Aik, biasanya doc round skali je (sebenarnya 2 kali, 1st round houseman, 2nd round MO/pakar). Kali ni lain sket, maybe sebab ahad, hari pertama dalam minggu kot. Tengok kat name tag, Dr Rohana, ketua pakar..Hamek kau!!! ketua pakar turun, patut la ramai yg kerumun saya pagi tu. Nurse saje dekat 8 orang. Houseman sorang, MO sorang. Houseman agak muda (dah tahun akhir, mesti tau punya). Dr Roha tanya, apa masalah saya dan apa plan yg dah execute. HO cakap saya warded semalam dan harini discharge tak keluar dah...Aik, sangat salah tu. Saya pun apa lgi, saya cakap, saya masuk sini 7hb sb bleeding, on 8th, dah takde discharge..Dr Roha tengking doc semua sb saya dok hosp hanya utk observation. Kannnnn saya dah kata (dalam hati), buat apa simpan saya. Doc sorang lg cakap dia dh plan dexa, tp belum cucuk lagi. Dr Roha kata, ok proceed with the plan and 2nd injection buat di klinik kesihatan, sebab saya leh balik harini, Ya Allah seronoknya nak balik.

Sebab kesian tiap tengahari dan petang, husb and Danial datang melawat. Setiap kali habis wktu melawat ada adegan drama air mata.Uhuhuh..

Husb datang pukul 3, amek surat, buat bayaran dan dah leh balik.

So, secara kesimpulannya, kenapa saya 2nd degree indeterminate APH, sebab hanya berdasarkan darah yang keluar. Kalau sikit tu maybe 1st degree kot. Kenapa indeterminate, sebab masih tak tahu kenapa darah keluar. Pandai2 je doc yg scan awal2 cakap saya PA. Menakutkan orang je. Saya diberikan MC 4 hari untuk rest di rumah.

Alhamdulillah takde bleeding lagi, cumanya saya tak boleh bersalin over 40weeks sb mungkin risiko.