Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 1, 2014

Cucuk Perancang Depo-Provera


Kalau ada baca post yang sebelum ni tentang keguguran, jadi ini la keputusan yang saya ambil untuk merehatkan rahim dari lekatan telur yang disenyawakan.
Pada 30 Jan, saya ke Klinik Bandar Sri Putra dan dapatkan injection depo. Depo ni jaraknya 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan ni, telur tidak akan disenyawakan disebabkan cecair diserviks menjadi pekat dan sperma tak dapat masuk. Dengan itu, rahim dapat berehat selama 3 bulan.
Bila dah cucuk, saya mula baca pengalaman yang cucuk depo. Ada yang lepas setahun baru datang period. Ada yang 2 tahun baru mengandung. Mula la saya jadi risau. Sebab saya rancang, lepas 3 bulan, saya nk merancang untuk kehamilan.
Mac-April, saya datang period boleh dikatakan setiap hari smpai 58 hari. Saya dah mula risau. Bila saya tanya nurse yang cucuk saya tempoh hari, dia cakap normal. Ada yang period sampai berbulan, ada yang tak period langsung sampai setahun. Ya Allah, hormon akan terganggu sebab depo ni adalah sejenis hormon. May-Jun saya tidak datang period pulak. Allah Maha Adil. 2 bulan saya period, jadi tak boleh la nak bersama, bila 2 bulan tak datang period, dapat ganti balik.hehehe…akhir Jun saya period semula, tp sakitnya hanya Allah yang tahu. Rasa macam nak bersalin. Masa ni saya dah berpindah ke terengganu. Jadi saya ke Pusat Perubatan Intan untuk dapatkan nasihat doktor. Doktor scan dan nampak dinding menebal dan lambat gugur. Dia tak galakkan ubat untuk turun darah dan dia suruh berehat dirumah sebab memang akan sakit sikit, dinding terlalu tebal dan lambat turun darah.
Masa dpt MC dan duduk dirumah, darah yang turun dah macam air terjun, tak boleh menampung 1 pad. Asyik bocor je. Tilam pun habis kene darah. Kepala mula pening. Dalam masa 3 hari, darah tak berhenti keluar. Batuk je keluar, bercakap je keluar, berdiri je keluar. Adakah sebab saya tak period 2 bulan, dia datang macam 2 kali ganda???…Asyik baring je 3 hari ni. Hari ke4, dah mula OK sket. Doktor ada pesan, kalau sehari darah turun banyak, melebihi 6 pad, kene terus ke hospital, sebab dia risau kurang darah. Ngam2 saya pakai 6 pad pada setiap hari dalam 3 hari turun darah yang banyak. Ini kali pertama saya period banyak macam ni.
Alhamdulillah selepas Jun 2014, saya datang period seperti biasa dalam bulan2 seterusnya.