Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 29, 2016

Pengalaman bersalinkan Yang Dalia


Bersalin anak kedua, orang kata mudah dan mungkin cepat. Ternyata tekaan saya meleset. Anak kedua, saya ada GDM, jadi kene induce 39 weeks. Masa anak pertama induce sebab overdue..uhuh..bertabahlah.

Saya serah diri pada 25hb Feb 2016 pukul 10 pagi. Urusan kemasukkan ambil masa dalam sejam lebih. Saya dapat katil dalam pukul 11.30 pagi. Suami dah siap siap barang saya dan balik sebab Danial balik sekolah jam 1 tengah hari. Petang tu, dalam pukul 2, doktor masukkan ubat separuh sebab bukaan saya sudah 2cm. Waktu melawat petang, suami dan danial ada. Sembang sembang sekejap. Masa tu sakit tak datang lagi. Jam 7 petang, ada sedikit berdenyut macam period pain tapi tak sakit sangat, Jam 10 malam, perut mula mengeras dan sakitnya dah mula kuat. Saya cuba baring dan berzikir.

Sedar dah subuh sebab terdengar azan berkumandang. Saya mandi dan solat subuh. Selesai solat subuh, saya ke toilet untuk kencing, tiba tiba satu ketulan darah jatuh dalam toilet bowl. Saya ke katil semula dan sakit mula bertambah kuat. Sakitnya sampaikan saya dah tak boleh berjalan. Bongkok pun sakit, bertenggong pun sakit, nak naik katil baring lagi la sakit. Saya jalan pelan pelan ke meja nurse untuk bagitahu saya dah sakit sangat. Sampai meja nurse, nurse kata kene tunggu doktor sampai jam 7.30 pagi untuk buka jalan. Ya Allah, kene tunggu lagi 1 jam sebab sekarang baru pukul 6.30 pagi. Saya dah tak tahan sangat. Hembus nafas perlahan pun sudah, kuat pun sudah. Jam 7 pagi nurse bagitau doktor dah sampai. Gembiranya hati, tapi masih sakit. Nak jalan pun dah rasa nak mati. Untuk cek jalan, kene masuk bilik procedure. Rasanya macam nak kene jalan 1km jauhnya. Saya menapak pelan pelan. Sekejap berenti sebab sakit sangat. Akhirnya sampai di bilik procedure. Doktor dah tunggu dengan glove di tangan. 6cm!!!!...Ok, dah boleh tolak ke labour room. Syukur dah boleh nak bersalin. Tapi, kene menapak balik ke katil untuk ambil baju baby. Kali ni, jalan agak laju sikit sebab dah tak sabar nak bersalin.

Nurse datang dengan kerusi roda dan saya pangku baju baby (lupa nak ambil stokin utk diri sendiri). Sampai labour room, nurse pasangkan drip, cabut bantal dekat bahagian bawah katil untuk mudah sambut baby, siapkan tempat letak kaki. Jam pukul 8 pagi. Sakitnya kejap datang dengan kuat, kejap reda dan boleh buatkan saya terlelap sekejap. Pukul 9 pagi sakit kuat datang dan saya rasa nak push, nurse tengok kepala baby dah nampak sikit, Nurse minta no telefon suami untuk dia call. Saya cakap, saya dah bagitahu dan mungkin dia ada di luar. Kemudian nurse panggil suami saya masuk. Doktor pelatih, nurse dan doktor pakar ada bersama sama dan suruh saya push. Saya push tapi tak lepas. Saya push banyak kali juga, tapi saya dapat rasanya tiada pergerakkan. Masa bersalinkan danial dulu, bila saya push, saya dapat rasa, ada pergerakkan sedikit, walaupun tak banyak. Kali ni macam push, tapi tak keluar. Nurse kata cara saya push salah. Habis tu macam mana, dah anak kedua pun. Hampir setengah jam push, saya dengar bunyi bip bip pada mesin sebelah, Doktor cakap fetal distress. Doktor minta suami keluar sebab dia akan jalankan vacuum. Lepas vacumm, saya dapat rasakan baby keluar. Tapi belum ada tangisan. Doktor kata jangan risau, baby di bawa ke wad sebab procedure. Sekiranya ibu bersalin vacuum atau forcep, doktor pakar kanak kanak akan periksa baby dulu. Saya tak risau dah lepas dengar doktor cakap macam tu. Tak lama lepas tu, nurse datang bawa baby dan letakkan dekat dada saya. Nurse kata cium baby dulu, nanti dah bawa ke pakar kanak kanak, risau rindu pulak.
Alhamdulillah saya selamat bersalin jam 10.04 pagi, Punya la lama bertarung untuk keluarkan anak kedua ni.

Semasa urusan keluarkan uri, ada tumpah darah. Saya kehilangan 500cc darah. Disebabkan itu, saya perlu baring sekurangnya 6 jam. Pukul 4 ptg, barulah saya ditolak semula ke wad. Bayangkan 6 jam baring tanpa stokin. Urat badan saya dah mula sakit. Kepala dah mula pening. Saya masih tak jumpa baby saya lagi. Saya belum menyusukan dia lagi. Angin meroyan mula nak datang sebab saya dapat rasakan yang anak saya tak sayangkan saya. Kejap kejap perasaan hiba tu datang. Saya tahan juga. Mujurlah suami saya ada. Saya tak fikir sangat. Pukul 6ptg, saya pujuk nurse nak jumpa baby. Pada mulanya nurse tak bagi sebab saya kene rehat lagi. Bila nurse tengok saya mula nak menangis, dia suruh saya jalan pelan pelan. Suami saya bawa kerusi roda dan tolak saya ke wad SCN. Tak sabar nak tengok wajah baby saya.

Bila nurse tolak katil baby ke arah saya, alangkah gembiranya dapat melihat wajah baby yang saya kandungkan 39 minggu. Tiba tiba saya menangis, tak tahan rasa sebak yang dah lama saya tahan. Bila dah mula nangis, susah pulak nak brenti. Rupanya inilah dia meroyan yang mak saya pernah cakap dulu. Nurse anak ambil balik baby sebab dah habis waktu melawat. Saya tak sanggup tinggalkan anak saya di wad SCN. Saya merayu pada nurse nak bawa anak saya naik wad saya. Nurse kata dia tak berani sebab kene tunggu doktor pakar. Saya merayu nak jumpa doktor pakar. Nurse risau tengok keadaan saya, dia suruh saya bertenang. Memang saya bertenang, tapi tangisan saya tu, tak boleh berenti. Saya pun pelik. AKhirnya doktor pakar benarkan saya bawa baby balik ke wad, tapi bukan saya yang bawanya, tapi nurse.

Saya pun pulang semula ke bilik dan suami saya pun pulang ke rumah sebab Danial di rumah jiran. Dia pun menangis sebab tinggalkan dia sorang sorang.

Tepat jam 10 malam, nurse bawa baby saya ke bilik. Ya Allah, seronoknya bukan main. Saya tak tidur, walaupun penat bertarung bersalinkan baby, sebab tak puas tatap wajah baby. Saya perasan, saya dah mula nak dapat meroyan sebab sebak, hiba dan menangis tu buat saya tak tentu arah.

Keesokkan hari, 27hb doktor bagitau saya dah boleh balik sekali dengan baby. Seronoknya. Danial paling tak sabar nak tengok adik dia.

28hb nurse datang rumah untuk periksa baby dan saya. Nurse kata baby mungkin demam kuning...yang ni nanti saya sambung cerita..bab demam kuning pulak ye..