Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 28, 2015

Pengalaman semasa hamil 2nd trimester

Memandangkan hari ni dah 22 minggu, alahan tu memang dah takde, kecuali pening kepala pagi2. Memang tak pernah hilang, seolah2 tido 3-4 hari tak bangun2 (mcm la penah tido lama mcm tu). Sakit dia macam bersarang dalam kepala.

Bila nak tido malam, ke kanan tak boleh, ke kiri tak boleh, seolah2 baby tak selesa umi baring macam tu. Last2 tertido sendiri. Kalau tido terlentang, lagi la baby menendang, mcm dia lemas je. Uhuhuh..sakit bahu dan pinggang tu biasa la sebab kandungan dah besar, duduk plak atas kerusi je dok buat keje. Jalan pun skali skala je bila g toilet dan solat kat surau tingkat bawah.

Masa ngandungkan Danial, mmg kerap exercise kat swimming pool khas utk ibu mengandung. Lepas tu join program push push anjuran klinik kesihatan bangi. 4 sesi juga dalam sebulan, memang banyak belajar dan keadaan kesihatan pun bagus. Kerja dlu kt KL mmg banyak berjalan, sebab susah cari parking dekat2 dengan klinik or hospital untuk servicing. Kalini mmg kebanyakan dok ofis. Parking keta depan tangga. Naik tangga je dh ofis, mmg kurang sangat exercise. Kalau g Mydin Gong Badak tu, mmg jalan sket je dah tercungap. Tu belum menjerit2 suruh Danial behave dan jangan main escalator. Haish, macam mana la nak exercise ni. uuhuhuh...

So far takde masalah besar masa pregnant kali ni. Teringin nak makan itu ini mmg ada, tp kadang tahankan aje kalau benda makan tu merepek2. Setakat ni dah makan benda yg teringin seperti steak, cendol, paih ikan patin masak tempoyak, nasi kukus ayam berempah, nasi bajet airport. Skang ni tekak teringin roti bakar n kopi ais Hai Peng Kemaman. Haritu pegi tutup, lupa plak tutup jumaat. Nanti nak g kalau keje Kuantan, lalu kemaman. Sushi Shasimi pun teringin, tp tahankan aje sebab mentah ikannya. Tunggu lepas bersalin la kot..

GDM semasa hamil

Adoi...1st time plak sangkut GDM lepas minum air gula hari tu. Result 7.9..boarder line je tuh sb nurse kata dia nak 7.8 ke bawah lepas minum air gula. so, terpaksa lah mengadap nurse 2 minggu sekali.

BSP kene buat 4 kali untuk monitor gula dalam darah. Dah 2 kali buat BSP dan normal. So kene control diet je la. So far, mmg saya control diet. Makan pagi pun roti dengan air koko tanpa gula. Tengahari, nasi sikit dan sayur n buah. Petang makan biskut kering n air masak suam. Malam makan nasi dengan lauk sket. Ada 2 kali lg nak kene buat BSP, so kali ke3 & ke4 saya buat sendiri sebab dah beli mesin blood glucose test. So tak yah la nak mengadap klinik dari pagi sampai ke malam.
HbA1c saya normal 5.2..so jsut control diet saje.

Harap2, baby tak besar sebab kebanyak ibu GDM dapat baby besar. Risau juga kan. Ada yg kata, kalau GDM kene induce, kalau takde tanda lepas EDD.

Skang kandungan dah 22 minggu dan perkembangan baby sama dengan tarikh EDD/LMP.




Monday, October 26, 2015

21 minggu 5 hari


Hari ni saya dah masuk 21minggu 5 hari. Kepala dah makin berat, jalan pun dah makin slow. Dulu naik tangga nak masuk ofis, ligat je, tapi skang, rasa beratnya la hai...

Harini patut ada check up dekat KTS. Tapi doktor pakar ada hal plak..ni kali ke5 kot asyik postponed je. Haish..Ingat nk g check up dekat Pusat Perubatan Intan plak la lepas ni. Takde la asyik frust je, bila KTS call doktor tak free..

Ok, la..saya dah nak gerak ke KTS..tadi nurse call kata doktor dah ada petang ni. Dapat la tengok anak umi ni..lama dah tak scan.