Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 28, 2015

Pengalaman semasa hamil 2nd trimester

Memandangkan hari ni dah 22 minggu, alahan tu memang dah takde, kecuali pening kepala pagi2. Memang tak pernah hilang, seolah2 tido 3-4 hari tak bangun2 (mcm la penah tido lama mcm tu). Sakit dia macam bersarang dalam kepala.

Bila nak tido malam, ke kanan tak boleh, ke kiri tak boleh, seolah2 baby tak selesa umi baring macam tu. Last2 tertido sendiri. Kalau tido terlentang, lagi la baby menendang, mcm dia lemas je. Uhuhuh..sakit bahu dan pinggang tu biasa la sebab kandungan dah besar, duduk plak atas kerusi je dok buat keje. Jalan pun skali skala je bila g toilet dan solat kat surau tingkat bawah.

Masa ngandungkan Danial, mmg kerap exercise kat swimming pool khas utk ibu mengandung. Lepas tu join program push push anjuran klinik kesihatan bangi. 4 sesi juga dalam sebulan, memang banyak belajar dan keadaan kesihatan pun bagus. Kerja dlu kt KL mmg banyak berjalan, sebab susah cari parking dekat2 dengan klinik or hospital untuk servicing. Kalini mmg kebanyakan dok ofis. Parking keta depan tangga. Naik tangga je dh ofis, mmg kurang sangat exercise. Kalau g Mydin Gong Badak tu, mmg jalan sket je dah tercungap. Tu belum menjerit2 suruh Danial behave dan jangan main escalator. Haish, macam mana la nak exercise ni. uuhuhuh...

So far takde masalah besar masa pregnant kali ni. Teringin nak makan itu ini mmg ada, tp kadang tahankan aje kalau benda makan tu merepek2. Setakat ni dah makan benda yg teringin seperti steak, cendol, paih ikan patin masak tempoyak, nasi kukus ayam berempah, nasi bajet airport. Skang ni tekak teringin roti bakar n kopi ais Hai Peng Kemaman. Haritu pegi tutup, lupa plak tutup jumaat. Nanti nak g kalau keje Kuantan, lalu kemaman. Sushi Shasimi pun teringin, tp tahankan aje sebab mentah ikannya. Tunggu lepas bersalin la kot..

No comments: