Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2016

Dalia prolonged jaundice dan saya kena angin meroyan

Baru je 2 hari bermalam di rumah lepas bersalin, nurse suruh bawa Dalia ke klinik sebab kuning dia ketara. Bila check, tinggi sangat dan kene naik ambulan. Saya memang tak dapat terima kenyataan. Sebab baru sangat dapat bau baby. Saya taknak bawa naik ambulan dan nak bermalam satu hari lagi dirumah. So, doktor bagi surat atas tanggungjawab sendiri.

Bila dah lepaskan rindu bermalam dirumah, saya google cari tempat mana sesuai untuk hantar Dalia. Bila baca review, parent mention Pusat Perubatan Intan. Harga rm200 satu malam dan selalunya 2 hari dah boleh keluar. So, esok pagi terus ke Perubatan Intan. Nurse pakai scan kat dahi je, takyah ambil darah kt kaki.. Hmm, menakjubkan. Tinggallah dalia 2 malam dan saya dtg jenguk 2x sehari. Plan nk bg susu bdn, tapi setiap kali datang, dia tido kekenyangan susu formula. Takpelah asalkan dia sihat.

2 hari dalia di Perubatan intan, nurse call bgtau boleh balik sb bacaan dah turun. Alangkah gembiranya hati. Bermalamlah dalia bersama kami di rumah.

Keesokan hari, ada check up di klinik kesihatan seberang takir, spt biasa nurse ambil juga bacaan bilirubin yg bg saya tak perlu, sebab baru je balik dari Perubatan intan. Alangkah terkejutnya saya, bacaan masih lg tinggi. Rasa nak marah pun ada. Terus doktor suruh naik ambulan sb saya dh tepis sblm ni. Kali ni doktor tak bagi saya elak lagi. So naik la ambulan ke hospital dengan keadaan terpaksa.

Sampai hospital, saya assume boleh la stay sekali dgn baby, tapi hampa, katil penuh terisi dgn ibu2 yg ada baby lebih kritikal. Hati dah sebak nk tinggalkan Dalia. Doktor plak muda, takde perasaan, dia ckp "puan, semua dh setel, boleh balik".. Baru nak cium cium Dalia, doktor tak menyempat2 tarik katil baby, saya pun sentap la.. Terus lari g toilet, nangis sepuas hati.. Seolah2, saya ibu tak bertanggungjawab tinggal kan anak. Masa tu dah rasa pelik satu badan. Sengal2 dan bisa2. Call mama dekat kampung. Mama suruh sabar dan bertenang dan dia ckp ada tanda2 meroyan.

Dengan pantang x habis lg, luka tak baik lagi, saya dok ulang alik ke hospital. Menangis tak berhenti2 di rumah, dlm perjalanan ke hospital, masa menunggu nak dapat baby, time makan, masa berurut dan boleh katakan sepanjang masa saya menangis. Memang sah saya dah kene angin meroyan.

Hanya 1 malam sahaja dalia di hospital akhirnya di benarkan balik kerana bacaan turun sebanyak 3 kali.a Walaupun dibenarkan balik, dalia perlu rutin check up di klinik kesihatan. Setiap kali ambil bacaan bilirubin, bacaannya tak turun ke paras normal sampai lah umur dalia 4 bulan. Doktor bgtau ini normal sebab dalia sihat tak demam.

Bayangkan seorang ibu dengar bacaan jaundice tak turun, semua benda dia buat utk bagi bacaan turun. Bagi susu kambing, air anggur, mandi titisan herba jaundice yg harga sebotol kecil RM70 dan mcm2 lagi saya buat. Semuanya tak membuahkan hasil. Akhirnya saya baca satu artikel berkaitan prolonged jaundice. Susu ibu yg menyebabkan anak tu prolonged jaundice. Ada satu komponen dlm susu ibu yg membuatkan bacaan tu tak turun2. So, kesimpulannya, susu ibu tidak membayakan, cuma organ hati utk merungkai bilirubin ambil masa yg agak lama disebabkan kehadiran komponen dalam susu ibu ni di dalam diet anak tersebut. Asalkan anak sihat dan aktif tak jadi masalah.

Tak perlu risau dan selalu tanya doktor tentang kesihatan anak. Jangan memandai2 bagi mcm2 dekat anak yg boleh mengganggu kesihatan anak

No comments: