Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 27, 2012

Pengalaman bersalin part 1

19 Ogos 2012 - Raya Pertama

Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba..baby pun tak nak keluar lagi dh 40 minggu 9 hari, so terpaksa la guna tarikh akhir yg doktor bagi, iaitu 19 ogos, jatuh pada hari raya pertama..excited campur risau..

excited sebab nak experience sakit bersalin yg tak pernah dirasai..risau plak, fikir macam mana proses bersalin nanti..

tepat jam 8am dh tiba di kaunter labour room hosp serdang..Nurse suh raya dlu baru datang, sb dia kata mmg kene warded dan kesian kat saya yang tak dpt beraya..nurse tu tak tau, yg dalam hati saya ni dah tak sabar nak tengok baby dalam perut ni...jam 11am, dah masuk ward 5E katil 10...dok la kat situ dengan ditemani suami..sebabkan public holiday, waktu melawat dari jam 12pm sampai 7.30pm..tgk tv smpai petang sb banyak cerita masa raya..kul 7.30pm, terpaksa ucapkan selamat tinggal pada suami dan tinggal la sorang2 kt ward tu..sib baik ramai kawan2 kt situ..leh sembang2, tanya perasaan, pengalaman dan mcm2 lagi la..sblm masa melawat tamat, adik dan adik ipar ada datang melawat..seronok gak la dengan gelagat anak sedara..

Jam pukul 10 mlm, masih tak boleh lelapkan mata..so, pegi tgk tv dengan sorang patient yg dok katil sebelah..habis je drama jam 12mlm, terus masuk tido..

20 Ogos 2012 - Raya Kedua

Tepat jam 5pagi, nurse kejutkan utk masukan ubat..jam 8am, masih tak rasa sakit..excited gak nk tau macam mana rasanya sakit contraction tu..tengah hari doktor panggil nk cek bukaan..ramai kata kalau doktor nak buat VE sakit..bg saya tak sakit pun..maybe terlebih excited kot..doktor kata 2cm dan doktor cakap, biasanya ank pertama lambat sket..maybe 1cm 1 jam..fuh...lama gak nak tunggu..kira2 8 jam, maybe 8 malam ni..risau mula memuncak..sakit mula rasa jam 5pm..doktor cek VE, masih 2cm..APA????..takkan x berubah2, tp sakitnya Ya Allah, mmg sakit...jam 10mlm, sakit sangt dah tak tahan..tp still 2cm, saya minta pain killer sb mmg x tahan..nurse cucuk pain killer dan buatkan saya mengantuk...

21 Ogos 2012 - Raya Ketiga

Jam 5pagi, doktor nak cek VE..dah 3 cm..Ya Allah..dari pagi smpai ke pagi esoknya, naik 1 cm je..hari apa saya nk bersalin ni..suami datang pagi, petang siang malam, yg hanya dia leh buat, cuma gosokkan belakang je..dia pun kesian kan saya, sb masa contraction tu datang, leh kata saya mcm nak menggelupur..rupanya mcm tu la rasa sakit contraction..masa tu dah tak excited dah..sakit kerap2 datang dalam 10 minit 2 kali..mmg kerap, tapi bukaan tetap 3cm..nurse dan doktor suh sabar je..

bersambung...nak mandi jap

No comments: