Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 27, 2012

Pengalaman bersalin part 2

Ok, leh sambung balik..baby tengah tido, saya pun baru lepas tungku, pakai barut dan makan tengah hari..lepas nk nak tido la, kalau baby masih tido..

Lepas dah tau bukaan masih 3cm, saya cuma pasrah dan tunggu je bukaan tu jadi lebih besar..sambil baring atas katil, suami gosok-gosok belakang, nurse datang bgtau, kalau bukaan dah 4cm, boleh masuk labour room..itu procedure hospital..sebabnya, bila dah 4cm, boleh bila2 masa jadi 6cm, 8cm dan full dilated..saya pun happy la sb lg 1 cm je lg leh tolak ke labour room..jam dh pukul 5ptg, 21 Ogos 2012...nurse suruh cek masa contraction..kalau dalam masa 3 minit dia berulang, bgtau..maknanya dah 4cm..saya pun apa lagi, mata ni dok tgk jam je..

mula2 selang 5 minit sakit..frust dah..tunggu lagi, tak consistent plak, kejap 5 minit, kejap 3 minit..tepat jam kul 7pm, cukup la contraction 3 kali, dengan selang 3 minit..terus saya panggil nurse dan nurse siapkan wheel chair turun ke labour room..hati dah gembira sb tak sabar nak jumpa baby..

smpai labour room, doktor cek VE, dah 5 cm..wah, cepatnya, tak sampai 20 minit dah naik 1cm..so, budget2, leh la bersalin malam ni..terlalu excited, sampai sakit contraction pun saya tak hirau..doktor nak cek kepala baby dah engaged ke belum..tp dia ckp, x leh nak cek, sb pundi kencing saya penuh sangat..dia kosongkan pundi kencing..ada 700cc..mak aiii, banyaknya..patut la susah nak kencing, kepala baby dh tekan...tak lama lepas tu, doktor pecahkan air kutuban..baringla saya kat dlm labour room, sampai bukaan jadi 10cm..

dalam hati kesian kat suami, sb dia tak tau apa jadi kat labour room..dia tunggu kat ruangan menunggu, saya plak mmg tak boleh bawa hp...kesian, terlepas maghrib dia, sb risau saya bersalin antara jam 7-8mlm..sakit makin kuat..nurse datang buka ayat al-quran kt dlm dewan bersalin..dlm pukul 8.30pm, doktor pakar datang dengan 2 org doktor pelatih dan 2 nurse..doktor pakar tanya condition saya dan apa perlu doktor pelatih buat..so, dia cek la saya..rupanya saya demam..patutla rasa seram sejuk..sebabkan saya demam, contraction dari CTG tunjuk takde progress contraction..kiranya tak consistent..adoi..jam dh kul 10pm..demam masih sama je..nurse bg antibiotic, ubat demam dan kain basah leatk kat kepala..dia kata kesiannya, nak bersalin plak demam...so, tunggu demam surut dlu, nanti doktor datang cek VE..

kul 12pm, doktor datang, masih 5cm..APA????...takkan la...so, dia tolong jadikan 6cm..sakitnya Allah je yang tau..mcm dia korek2 kat bawah tu dengan benda tumpul..tangan doktor tu berdarah2 bila dia keluarkan dari bawah tu...adoi, ngeri..

22 Ogos 2012 - Raya Keeempat

Jam 2am..Saya dah tak tahan tanggung sakit, terus panggil nurse...nurse cakap bagus, contractrion dah mula consistent dan tak lama lagi leh bersalin..nurse panggilkan suami utk bagi semangat sementara tunggu bukaan jadi 10cm...rasa happy suami kt sebelah..dia plak dh cuak, ingatkan dah nak bersalin..dia kata tak solat dari tadi sb ingatkan saya leh bersalin bila2 masa..saya suh dia pegi solat isyak dan qadar maghrib..sblm dia pegi solat, dia ckp, mak dan ayah saya otw dari kampung, nak jumpa saya..sangat terharu dan ada sket linangan air mata..tepat jam 2.30am sakit menjadi2 dan rasa dh nak putus nyawa...saya panggil nurse..datang la 4 org nurse gelak2, nyannyi dgn penuh girang.."sakit puan?"...ok, nak cek VE...masih sama la 6cm, AIK???? dah ada kepala la...fully dilated!!!!...fully dilated!!!...saya tercengang..leh ke 6cm dah nampak kepala?..dia ada mention pasal PO la dan banyak lagi..terms utk nurse la..diorang ckp, tak smpat panggil doktor dan diorang akan sambut sndiri...Ya Allah..saya yakinkan diri je...

bersambung..nak bg baby susu

No comments: