Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 22, 2024

Allah pinjamkan TUPAI 1tahun 2bulan untuk keluarga saya

Rumah saya selalu didatangi stray cat, termasuklah kucing yang dinamakan Tupai. Sejenis yang tak putus asa masuk rumah untuk minta makanan. Kebiasaannya, saya dan anak-anak akan bagi stray cat makan depan rumah. Kibbles sentiasa ada untuk mereka. Dipendekkan cerita, Tupai ni jadi sebahagian keluarga kami seketika. Allah pinjamkan setahun 2 bulan sahaja, Alhamdulillah. 

Saya coretkan diari bersama Tupai disini sebagai kenangan:

29 Mac 2023: 

Tupai datang ke rumah hari pertama. Minta makanan tanpa putus asa.

31 Mac 2023: 

kaki belakang dia bengkak dan agak sukar untuk berjalan. Saya bawa pergi Jawhari Vet dekat Taman Tas. Dr buat procedure kecil. Bermula lah pertambahan rutin harian saya, iaitu bagi Tupai makan ubat.

3 April 2023: 

1st posting di IG saya tentang Tupai.




14 Apr 2023: 
Saya terima tetamu baru iaitu anak kucing hitam putih. Dia terjatuh dalam longkang yang                     penuh dengan air. Keadaan dia pun tak memuaskan. Saya jaga dia juga. Kami namakan dia                    Kenit sebab kecil sangat. Allah pinjamkan dia pun tak lama.




9 Mei 2023: 
Kenit pergi tinggal kami. Masa kenit pergi, saya masih bekerja di Terengganu. Sukar untuk saya continue kerja sebab hati saya teringatkan Kenit. Dia masih kecil dan perlu bagi susu botol dengan kerap. Agak terkilan sebab, semasa saya kerja, saya taknak susahkan suami untuk bagi Kenit susu botol. Jadinya saya suruh suami tolong bagikan air kosong. Tapi semua ni dah disusun oleh Allah. Semua yang berlaku ada hikmah.




28 Jun 2023: 

Tupai tak balik. Sepatutnya nak kene hantar dia dan Snow boarding. Kami semua nak balik raya haji ke Kuala Kangsar. Memandangkan tunggu dia tak balik-balik, kami terpaksa tinggalkan dia. Saya letak kibbles dalam bekas dispenser dan air dalam bekas, andaikata dia balik nanti.

1 Julai 2023: 

Kami sampai rumah Kuantan, tapi Tupai masih tak balik lagi.

3 Julai 2023:

Tupai balik rumah. Dia memang suka merayau. Saya pernah nampak Tupai dekat padang. Jauh betul dia berjalan.

28 Oktober 2023:

Kaki Tupai bengkak, macam kene cakar. Bawa pergi Vet. Dr buat procedure kecil untuk kelurkan nanah. Sepeti biasa, rutin baru bertambah. Nak kene bagi Tupai makan ubat.

29 Oktober 2023: 

Saya bagi Tupai makan ubat lepas Maghrib. Dia tak sengaja gigit jari saya sebab saya salah teknik. Sepatutnya bagi ikut mulut depan, tapi saya tolak ikut tepi gigi graham dia. Berbulan juga nak baik luka ni #kenangan


22 Jan 2024: Pembuka tahun, Tupai bawa balik 'hadiah' untuk kami.


6 Feb 2024: 

Ada kesan bengkak dekat kepala Tupai. Kebiasaannya, kalau Tupai sihat, dia hanya balik untuk makan dan berehat je. Selebihnya dia akan berada diluar. Tapi, kalau dia sakit, dia akan balik dan duduk lama di rumah. Bila saya gosok-gosok dia, mesti ada kesan cakar, bengkak, atau luka. Kemungkinan Tupai nak cari orang yang boleh rawat dia. Jadi, sayalah orangnya 'kot' yang boleh bantu dia. Saya bawa dia ke Vet dan total bayaran RM250. Dr buat procedure kecil keluarkan nanah dan bekalkan vitamin dan ubat luka. Bila dah sihat, memang hilanglah Tupai ni :)

Berat Tupai mencecah 4.6kg setelah sihat dari luka dekat kepala.

16 Mac 2024: Bawa Tupai pergi vaksin. Kerap sangat luka dan sakit, jadinya saya ikhtiar untuk dia dilengkapkan dengan vaksin, supaya badan dia lebih kuat melawan sakit. Time ni ramai parent bawa kucing ke Vet ni. Alhamdulillah saya dapat no 2. Dapat masuk pukul 3.30pm, pukul 4.30 juga selesai Tupai divaksin.


Keadaan Tupai masa OTW nak hantar ke Wanz Pet di Kg Pak Mahat.


Hari Raya jatuh pada 10 April 2024 dan saya tidak boardingkan Tupai memandangkan dia on heat dan kerap keluar. Saya tanya pendapat kawan (owner boarding centre), dia cakap kalau dah biasa roaming, biasanya dia akan ok. So, saya sediakan kibble dispenser dan air yang mengalir dalam bekas minuman,

15 April 2024: Saya sampai Kuantan lewat petang. Yang saya terkejut, Tupai balik ke rumah, seolah-olah dia balik bersama-sama kami, walhal dia ditinggalkan 5 hari sendirian (roaming).

16 April 2024: Bawa Tupai vaksin dose ke2. Alhamdulillah, saya orang pertama sampai dan tiada patient lain. Semuanya berjalan dengan lancar. Dr suggest untuk Tupai dimandulkan untuk elak pancut merata. Untuk kebersihan rumah juga. Saya tetapkan tarikh 30 April, iaitu 2 minggu selepas vaksin.

29 April 2024: Saya perasan kaki belakang Tupai ada luka. Tapi kecil je. Memandangkan esok dah set appointment, so saya teruskan juga untuk mandulkan Tupai.

30 April 2024: Saya hantar Tupai ke Wanz Petshop pukul 10am. Saya perlu datang ambil semula sebelum 3 petang. Saya ada meeting online pukul 2pm dan saya terpaksa meeting di dalam kereta depan Wanz Petshop, sebab risau saya terlambat ambil Tupai sekiranya saya meeting di office. 

Keadaan Tupai sangat lemah. 1st time saya tengok Tupai selemah itu. Selalu dialah yang mengiau paling kuat. Tapi haritu, suara dia tak dapat saya dengar.

Balik rumah, saya kurungkan dia. Dr cakap, kalau Tupai dah boleh berdiri dan berjalan seperti biasa, baru boleh bagi makan dan minum. Saya tunggu Tupai stabil sampai ke malam, tapi masih sama, lemah dan tak bermaya. Dia minum sikit, terus muntah. Makan pun muntah.

1 Mei 2024: Tupai dah mula mengiau. Saya nampak dia mula stabil, tapi masih takde selera makan. Saya lepaskan dia keluar untuk ambil angin diluar. 

Saya tunggu Tupai balik sampai malam, tapi tak kelihatan.

3 Mei 2024: Tupai balik rumah pagi hari, bawa 'hadiah' untuk kami. Saya sangat risaukan dia sebab baru je nampak dia stabil 2 hari lepas. Risau dia tak tau jalan balik,

5 Mei 2024: Saya perasan kaki Tupai yang luka tempoh hari (sebelum bawa pergi mandul) bengkak. Saya balut dan letak ubat.

8 Mei 2024: Bawa pergi vet sebab saya nampak Tupai dehydration dan tak lalu makan. Dr cakap kemungkinan Jaundice dan bukan luka tu penyebab dia tak selera makan. Dr check bahagian luka, nampak 2 lubang mcm gigitan lipan. Hujung kuku ada luka, seolah kesan gigitan kucing. Dr bekalkan ubat dan seperti biasa, rutin saya bertambah lah untuk bagi Tupai makan.

12 Mei 2024: saya terpaksa hantar Tupai boarding sebab saya perlu kerja luar. Alhamdulillah boarding center ni, boleh tolong bagi makan ubat. Owner selalu update keadaan Tupai. Owner pun nampak risau keadaan Tupai, sebab setiap hari berat Tupai merosot. 


15 Mei 2024: Saya bergegas ke boarding center untuk ambil Tupai, sebab keadaan dia agak lemah. Tak mau makan langsung. Owner perlu force-feed dia. Saya terus bawa Tupai ke vet. Dr Wan cadangkan Tupai untuk warded selama 3 hari. Dr plan untuk drip, inject supplement dan rawat jaundice.

Sepanjang Tupai warded, Dr update saya keadaan Tupai. Saya yang sedang bekerja, ternanti-nanti update dari Dr. Saya tunggu masa yang sesuai untuk buka wasap dari Dr sebab risau, Dr share berita buruk dan saya tak dapat nak tanggung seorang diri semasa kerja. Alhamdulillah, berita yang saya dapat, Tupai dalam pemantauan Dr dan keadaan dia tidaklah merosot atau bertambah teruk



Keadaan Tupai semakin lemah dan Dr suruh saya banyakkan bersabar dan teruskan membantu Tupai sebab Tupai masih bernafas.

18 Mei 2024: OTW nak ambil Tupai, saya dah menangis tak berhenti dalam kereta. Sedih mengenangkan kesakitan Tupai melawan penyakit dia. Tibanya saya dekat vet, saya terus dengar suara Tupai yang sangat kuat. Terus saya rasa bersemangat yang Tupai masih boleh bertahan. Dr bekalkan ubat-ubat Tupai dan saya perlu buat subcut untuk hydrate Tupai. Sekali lagi Dr suruh saya banyakkan bersabar.

Bermula lah sekali lagi rutin saya (dah terbiasa seperti Vet buat Tupai), bagi Tupai makan ubat, force-feed, bersihkan Tupai, subcut dan bersihkan cage. Bff cadangkan saya pakaikan Tupai diaper sebab Tupai dah tak larat nak bangun. Dia akan terkencing dekat mana dia baring. Selepas bagi Tupai makan dan minum, Tupai nampak ada tenaga untuk bangun dan berjalan.

19 Mei 2024: Rutin pagi jam 6.30am, selepas anak-anak dah pergi sekolah, saya akan bagi Tupai makan, buat subcut, bagi ubat, bersihnkan badan tupai, bersihkan cage, supaya Tupai selesa untuk berehat.

Subcut 160ml saline untuk hydrate Tupai

Dah siap-siap untuk Tupai berehat.

Saya juga telah cancelkan booking hotel untuk kerja luar 2 minggu akan datang. Cuma agak terkilan, hotel di KB tak benarkan saya cancel. Jadinya saya plan untuk bawa Tupai sekali ke KB nanti bersama keluarga kerana masa tu cuti sekolah. Memandangkan Tupai hanya baring dan saya akan uruskan semuanya, saya rasa tak jadi masalah untuk bawa Tupai sekali ke hotel, dan suami boleh tengokkan Tupai semasa saya kerja.

Alarm untuk bagi Tupai makan dan minum. Jumlah yang kecil, tapi kerap sebab taknak seksakan Tupai

20 Mei 2024: Saya nampak Tupai agak berisi, berbeza dengan hari saya bawa pulang dari vet selepas diwarded kan. Nampak dia boleh menelan banyak (walaupun force-feed).

Hari ini, saya terpaksa kerja luar dan minta bantuan suami untuk bagi Tupai makan sebelum saya balik. 

Pada malam hari, saya bagi Tupai makan 7pm dan 10pm. Masa bagi makan 10pm, saya perasan Tupai tak banyak menolak. Biasanya, kalau saya force-feed pakai syringe, dia akan tolak saya seolah menepis tak nak makan, walaupun dalam keadaan lemah. Tapi kali ni, dia diam dan telan je. Saya syak, dia suka food tu sebab saya campur air sahaja. Sebelum ni, saya campur susu kambing. 

21 Mei 2024: Pukul 6am, semasa anak-anak tengah siap nak ke sekolah, saya jenguk Tupai dekat cage. Nampak dia bernafas seperti biasa. Bila saya panggil dia, dia nak mengiau tapi lemah. Nampak perut dia naik turun, seolah-olah nak keluarkan suara untuk menyahut. Saya bagi dia 2 syringe air. Dia telan dalam keadaan sukar. Bila saya bagi dia syringe kedua, saya dengar nafas dia kuat. Saya ingatkan dia nak mengiau tapi lemah. 

Selesai anak ke sekolah jam 6.30am, saya siapkan food Tupai. Saya buka cage, nampak Tupai dah tak bernafas. Saya dukung dia, masih panas dan mulut sedikit terbuka. Saya dah boleh rasakan, Tupai dah takde. redha yang Tupai dah takde. Tupai dah tinggalkan saya. Terkedu, tergamam. Terus air mata mengalir.

Tersekat dada ni, nak panggil Tupai untuk bangun, mana tahu, dia sebenarnya masih tidur. Saya usap kepala Tupai. Saya cium kepala Tupai sebagai tanda, saya redha dia pergi.

Terima kasih Tupai hadir dalam hidup kami.


Semua ubatan dan barang keperluan Tupai jadi kenangan.

Kad Tupai saya akan simpan buat kenangan.

Berehat lah Tupai. In Shaa Allah kita jumpa di Syurga nanti. 
Rindu Tupai.