Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Anak anak kami

Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 22, 2024

Allah pinjamkan TUPAI 1tahun 2bulan untuk keluarga saya

Rumah saya selalu didatangi stray cat, termasuklah kucing yang dinamakan Tupai. Sejenis yang tak putus asa masuk rumah untuk minta makanan. Kebiasaannya, saya dan anak-anak akan bagi stray cat makan depan rumah. Kibbles sentiasa ada untuk mereka. Dipendekkan cerita, Tupai ni jadi sebahagian keluarga kami seketika. Allah pinjamkan setahun 2 bulan sahaja, Alhamdulillah. 

Saya coretkan diari bersama Tupai disini sebagai kenangan:

29 Mac 2023: 

Tupai datang ke rumah hari pertama. Minta makanan tanpa putus asa.

31 Mac 2023: 

kaki belakang dia bengkak dan agak sukar untuk berjalan. Saya bawa pergi Jawhari Vet dekat Taman Tas. Dr buat procedure kecil. Bermula lah pertambahan rutin harian saya, iaitu bagi Tupai makan ubat.

3 April 2023: 

1st posting di IG saya tentang Tupai.




14 Apr 2023: 
Saya terima tetamu baru iaitu anak kucing hitam putih. Dia terjatuh dalam longkang yang                     penuh dengan air. Keadaan dia pun tak memuaskan. Saya jaga dia juga. Kami namakan dia                    Kenit sebab kecil sangat. Allah pinjamkan dia pun tak lama.




9 Mei 2023: 
Kenit pergi tinggal kami. Masa kenit pergi, saya masih bekerja di Terengganu. Sukar untuk saya continue kerja sebab hati saya teringatkan Kenit. Dia masih kecil dan perlu bagi susu botol dengan kerap. Agak terkilan sebab, semasa saya kerja, saya taknak susahkan suami untuk bagi Kenit susu botol. Jadinya saya suruh suami tolong bagikan air kosong. Tapi semua ni dah disusun oleh Allah. Semua yang berlaku ada hikmah.




28 Jun 2023: 

Tupai tak balik. Sepatutnya nak kene hantar dia dan Snow boarding. Kami semua nak balik raya haji ke Kuala Kangsar. Memandangkan tunggu dia tak balik-balik, kami terpaksa tinggalkan dia. Saya letak kibbles dalam bekas dispenser dan air dalam bekas, andaikata dia balik nanti.

1 Julai 2023: 

Kami sampai rumah Kuantan, tapi Tupai masih tak balik lagi.

3 Julai 2023:

Tupai balik rumah. Dia memang suka merayau. Saya pernah nampak Tupai dekat padang. Jauh betul dia berjalan.

28 Oktober 2023:

Kaki Tupai bengkak, macam kene cakar. Bawa pergi Vet. Dr buat procedure kecil untuk kelurkan nanah. Sepeti biasa, rutin baru bertambah. Nak kene bagi Tupai makan ubat.

29 Oktober 2023: 

Saya bagi Tupai makan ubat lepas Maghrib. Dia tak sengaja gigit jari saya sebab saya salah teknik. Sepatutnya bagi ikut mulut depan, tapi saya tolak ikut tepi gigi graham dia. Berbulan juga nak baik luka ni #kenangan


22 Jan 2024: Pembuka tahun, Tupai bawa balik 'hadiah' untuk kami.


6 Feb 2024: 

Ada kesan bengkak dekat kepala Tupai. Kebiasaannya, kalau Tupai sihat, dia hanya balik untuk makan dan berehat je. Selebihnya dia akan berada diluar. Tapi, kalau dia sakit, dia akan balik dan duduk lama di rumah. Bila saya gosok-gosok dia, mesti ada kesan cakar, bengkak, atau luka. Kemungkinan Tupai nak cari orang yang boleh rawat dia. Jadi, sayalah orangnya 'kot' yang boleh bantu dia. Saya bawa dia ke Vet dan total bayaran RM250. Dr buat procedure kecil keluarkan nanah dan bekalkan vitamin dan ubat luka. Bila dah sihat, memang hilanglah Tupai ni :)

Berat Tupai mencecah 4.6kg setelah sihat dari luka dekat kepala.

16 Mac 2024: Bawa Tupai pergi vaksin. Kerap sangat luka dan sakit, jadinya saya ikhtiar untuk dia dilengkapkan dengan vaksin, supaya badan dia lebih kuat melawan sakit. Time ni ramai parent bawa kucing ke Vet ni. Alhamdulillah saya dapat no 2. Dapat masuk pukul 3.30pm, pukul 4.30 juga selesai Tupai divaksin.


Keadaan Tupai masa OTW nak hantar ke Wanz Pet di Kg Pak Mahat.


Hari Raya jatuh pada 10 April 2024 dan saya tidak boardingkan Tupai memandangkan dia on heat dan kerap keluar. Saya tanya pendapat kawan (owner boarding centre), dia cakap kalau dah biasa roaming, biasanya dia akan ok. So, saya sediakan kibble dispenser dan air yang mengalir dalam bekas minuman,

15 April 2024: Saya sampai Kuantan lewat petang. Yang saya terkejut, Tupai balik ke rumah, seolah-olah dia balik bersama-sama kami, walhal dia ditinggalkan 5 hari sendirian (roaming).

16 April 2024: Bawa Tupai vaksin dose ke2. Alhamdulillah, saya orang pertama sampai dan tiada patient lain. Semuanya berjalan dengan lancar. Dr suggest untuk Tupai dimandulkan untuk elak pancut merata. Untuk kebersihan rumah juga. Saya tetapkan tarikh 30 April, iaitu 2 minggu selepas vaksin.

29 April 2024: Saya perasan kaki belakang Tupai ada luka. Tapi kecil je. Memandangkan esok dah set appointment, so saya teruskan juga untuk mandulkan Tupai.

30 April 2024: Saya hantar Tupai ke Wanz Petshop pukul 10am. Saya perlu datang ambil semula sebelum 3 petang. Saya ada meeting online pukul 2pm dan saya terpaksa meeting di dalam kereta depan Wanz Petshop, sebab risau saya terlambat ambil Tupai sekiranya saya meeting di office. 

Keadaan Tupai sangat lemah. 1st time saya tengok Tupai selemah itu. Selalu dialah yang mengiau paling kuat. Tapi haritu, suara dia tak dapat saya dengar.

Balik rumah, saya kurungkan dia. Dr cakap, kalau Tupai dah boleh berdiri dan berjalan seperti biasa, baru boleh bagi makan dan minum. Saya tunggu Tupai stabil sampai ke malam, tapi masih sama, lemah dan tak bermaya. Dia minum sikit, terus muntah. Makan pun muntah.

1 Mei 2024: Tupai dah mula mengiau. Saya nampak dia mula stabil, tapi masih takde selera makan. Saya lepaskan dia keluar untuk ambil angin diluar. 

Saya tunggu Tupai balik sampai malam, tapi tak kelihatan.

3 Mei 2024: Tupai balik rumah pagi hari, bawa 'hadiah' untuk kami. Saya sangat risaukan dia sebab baru je nampak dia stabil 2 hari lepas. Risau dia tak tau jalan balik,

5 Mei 2024: Saya perasan kaki Tupai yang luka tempoh hari (sebelum bawa pergi mandul) bengkak. Saya balut dan letak ubat.

8 Mei 2024: Bawa pergi vet sebab saya nampak Tupai dehydration dan tak lalu makan. Dr cakap kemungkinan Jaundice dan bukan luka tu penyebab dia tak selera makan. Dr check bahagian luka, nampak 2 lubang mcm gigitan lipan. Hujung kuku ada luka, seolah kesan gigitan kucing. Dr bekalkan ubat dan seperti biasa, rutin saya bertambah lah untuk bagi Tupai makan.

12 Mei 2024: saya terpaksa hantar Tupai boarding sebab saya perlu kerja luar. Alhamdulillah boarding center ni, boleh tolong bagi makan ubat. Owner selalu update keadaan Tupai. Owner pun nampak risau keadaan Tupai, sebab setiap hari berat Tupai merosot. 


15 Mei 2024: Saya bergegas ke boarding center untuk ambil Tupai, sebab keadaan dia agak lemah. Tak mau makan langsung. Owner perlu force-feed dia. Saya terus bawa Tupai ke vet. Dr Wan cadangkan Tupai untuk warded selama 3 hari. Dr plan untuk drip, inject supplement dan rawat jaundice.

Sepanjang Tupai warded, Dr update saya keadaan Tupai. Saya yang sedang bekerja, ternanti-nanti update dari Dr. Saya tunggu masa yang sesuai untuk buka wasap dari Dr sebab risau, Dr share berita buruk dan saya tak dapat nak tanggung seorang diri semasa kerja. Alhamdulillah, berita yang saya dapat, Tupai dalam pemantauan Dr dan keadaan dia tidaklah merosot atau bertambah teruk



Keadaan Tupai semakin lemah dan Dr suruh saya banyakkan bersabar dan teruskan membantu Tupai sebab Tupai masih bernafas.

18 Mei 2024: OTW nak ambil Tupai, saya dah menangis tak berhenti dalam kereta. Sedih mengenangkan kesakitan Tupai melawan penyakit dia. Tibanya saya dekat vet, saya terus dengar suara Tupai yang sangat kuat. Terus saya rasa bersemangat yang Tupai masih boleh bertahan. Dr bekalkan ubat-ubat Tupai dan saya perlu buat subcut untuk hydrate Tupai. Sekali lagi Dr suruh saya banyakkan bersabar.

Bermula lah sekali lagi rutin saya (dah terbiasa seperti Vet buat Tupai), bagi Tupai makan ubat, force-feed, bersihkan Tupai, subcut dan bersihkan cage. Bff cadangkan saya pakaikan Tupai diaper sebab Tupai dah tak larat nak bangun. Dia akan terkencing dekat mana dia baring. Selepas bagi Tupai makan dan minum, Tupai nampak ada tenaga untuk bangun dan berjalan.

19 Mei 2024: Rutin pagi jam 6.30am, selepas anak-anak dah pergi sekolah, saya akan bagi Tupai makan, buat subcut, bagi ubat, bersihnkan badan tupai, bersihkan cage, supaya Tupai selesa untuk berehat.

Subcut 160ml saline untuk hydrate Tupai

Dah siap-siap untuk Tupai berehat.

Saya juga telah cancelkan booking hotel untuk kerja luar 2 minggu akan datang. Cuma agak terkilan, hotel di KB tak benarkan saya cancel. Jadinya saya plan untuk bawa Tupai sekali ke KB nanti bersama keluarga kerana masa tu cuti sekolah. Memandangkan Tupai hanya baring dan saya akan uruskan semuanya, saya rasa tak jadi masalah untuk bawa Tupai sekali ke hotel, dan suami boleh tengokkan Tupai semasa saya kerja.

Alarm untuk bagi Tupai makan dan minum. Jumlah yang kecil, tapi kerap sebab taknak seksakan Tupai

20 Mei 2024: Saya nampak Tupai agak berisi, berbeza dengan hari saya bawa pulang dari vet selepas diwarded kan. Nampak dia boleh menelan banyak (walaupun force-feed).

Hari ini, saya terpaksa kerja luar dan minta bantuan suami untuk bagi Tupai makan sebelum saya balik. 

Pada malam hari, saya bagi Tupai makan 7pm dan 10pm. Masa bagi makan 10pm, saya perasan Tupai tak banyak menolak. Biasanya, kalau saya force-feed pakai syringe, dia akan tolak saya seolah menepis tak nak makan, walaupun dalam keadaan lemah. Tapi kali ni, dia diam dan telan je. Saya syak, dia suka food tu sebab saya campur air sahaja. Sebelum ni, saya campur susu kambing. 

21 Mei 2024: Pukul 6am, semasa anak-anak tengah siap nak ke sekolah, saya jenguk Tupai dekat cage. Nampak dia bernafas seperti biasa. Bila saya panggil dia, dia nak mengiau tapi lemah. Nampak perut dia naik turun, seolah-olah nak keluarkan suara untuk menyahut. Saya bagi dia 2 syringe air. Dia telan dalam keadaan sukar. Bila saya bagi dia syringe kedua, saya dengar nafas dia kuat. Saya ingatkan dia nak mengiau tapi lemah. 

Selesai anak ke sekolah jam 6.30am, saya siapkan food Tupai. Saya buka cage, nampak Tupai dah tak bernafas. Saya dukung dia, masih panas dan mulut sedikit terbuka. Saya dah boleh rasakan, Tupai dah takde. redha yang Tupai dah takde. Tupai dah tinggalkan saya. Terkedu, tergamam. Terus air mata mengalir.

Tersekat dada ni, nak panggil Tupai untuk bangun, mana tahu, dia sebenarnya masih tidur. Saya usap kepala Tupai. Saya cium kepala Tupai sebagai tanda, saya redha dia pergi.

Terima kasih Tupai hadir dalam hidup kami.


Semua ubatan dan barang keperluan Tupai jadi kenangan.

Kad Tupai saya akan simpan buat kenangan.

Berehat lah Tupai. In Shaa Allah kita jumpa di Syurga nanti. 
Rindu Tupai.













Friday, August 7, 2020

Diari bersalin anak ke3 part 2

8 julai 2020
Bgn pukul 4.30am g toilet nk kencing, ada darah banyak kt panties. Semalam sikit je.
Nurse dtg buat ctg pukul 5.30am. Lps tu mandi dan solat subuh. Skang 6am, baca quran, nk habiskan surah al imran.

Pukul 7am breakfast sampai
7.10am Dr dtg check jln, still 2cm.
Dr masukkan belon 7.20am.. Dgr Dr sebut masukkan 80.

Mama call nk tanya kabar.. Tgh dok ckp, bunyi meletup kecik.. Mengalir air panas dekat peha turun ke lantai dalam pukul 8.. Air kutuban campur darah kot..
Lpas tu rasa sakit dtg.. Tp sket je leh tahan. Panggil nurse dan salin kain.. Jalan2 g pantry nk bg buka jalan.

Nurse dtg pukul 8.30 nk check contraction
Pukul 9am Dr dtg nk tgk air kutuban ke bukan.. Sekali bukan.. Rupanya belon yg pecah.. Dh kene masukkan lagi belon.. Sakit jugalah..
Sakit senggugut datang 9.40am tp mild.

1.46pm belon jatuh tp aku inform nurse pukul 2.16 sb aku nk g solat zuhur dulu.. Kang bgtau awal2 x leh solat plak

2.40pm Dr check jalan, dh 4cm.

Sakit mula bertambah pukul 4 lebih..sambil2 sakit tu, golek2 dekat gym ball nurse bagi. mandi dan Solat asar lps tu. Mekap siap2 bg berseri sikit, sebab tak x leh nk tgk muka sendiri depan cermin, pucat sgt.. Ingat leh bersalin lps asar tp nurse buat ctg, baru 2x contraction dlm 10 min. Maknanya bukaan still 4cm.. Lps solat maghrib ingat sakit sgt, leh tolak g labour room.. Sekali check bukaan masih 4 cm..rupanya jangan tahan masa sakit, sebab halang bukaan.. Baring mengiring xkene, baring menelentang lg la sakit..so,kali ni, bila sakit je, aku serah je sambil tarik nafas dan lepas perlahan2. Leh lg tgk youtube cara tahan sakit contraction dgn betul. Sangat2 membantu. Pukul 9 malam sakit sgt, panggil nurse nk pain killer. Nurse kata kene tanya doktor dulu. Sekali, tak dtg2, so panggil lg kul 9.20..masa nurse dtg tu, dh sakit nk meneran.. Bila nurse check bukaan, dh 7cm. Terus tolak labour room pakai katil bilik. Dgn tudung tak pakai, bra x buka.. Dalam pada sakit2 dgr nurse cakap, takpe ke doktor takde ni.. Ada sorang nurse senior ckp "kesian ibu ni sakit kalau nk tggu doktor datang".. Nurse suruh push sekuat hati dan suruh push kt bawah. Dia tanya rasa tak tangan dia kt bawah ni.. Aku angguk. Dia suruh push kt tangan dia. Alhamdulillah push 3x, baby dh keluar.  Berat 2.8kg, panjang 45cm, pukul 9.43pm. Baby nangis slow je, rasa sebak, semua sakit hilang.



Alhamdulillah jahitan pun cuma 3 jarum je nurse kata. So jahit x sampai 5 min dah siap.

Masa nurse nk keluarkan uri, paling sakit.. Macam bersalin kali kedua.. Goncang2 perut, tekan2 perut, seluk dalam.. Nurse kata kalau x buat mcm ni, darah nifas lama x habis2 dan risau darah beku kt dalam. So redha je la di goncang2 perut tu.

Baby kene bw g check gula sb aku GDM. Kene pantau 12 jam. Nampak gayanya esok tau result mcm mana. Setakat ni gula baby okay.

Alhamdulillah semuanya selesai sepantas kilat. Tak lama menunggu dekat labour room macam danial dan dalia dulu. Sebab time dorang, 4cm dh tolak ke Labour room dan labour room jauh. Labour room dekat UIA ni sebelah ward je. So, duduk je dlm bilik menahan sakit. At least leh gerak2 sana sini.

Nurse bawa baby ke bilik pukul 11.45pm. Masa tu baru dpt ambil pic dan share dengan husband. Husband tak boleh masuk masa bersalin time pandemic ni dan semua gov hosp pun sama. Nurse call husband pukul 11pm tanya nk dtg utk azankan tak. Husband tak dpt la nk dtg sb anak2 dh tido. Takkan nak angkat dorang letak rumah jiran, semata2 nk dtg hosp utk azankan. So, tggu aje lah esok pagi, kalau nk dtg pun.

Nurse dtg pukul 12 malam utk ajar breastfeeding. Selagi baby x latch, dia x leh tinggalkan bilik tu.. Sejam jugalah dia ajar and kejutkan baby utk latch.. Mmg sangat sabar budaknya. Jam 1 pagi semua selesai sebab baby dah latch n menyusu. Rasanya susu xde lagi, tp baby pandai sgt menyusu. Dh selesai, kene sign satu form, maknanya dah diberi pengetahuan ttg breastfeeding. Patutlah nurse tu buat sampai berjaya.. Uhuhu..

9 Julai 2020

Doktor pakar dtg pukul 8am dan check luka. Dah boleh discharge sb ibu dan anak dah berak kencing. Alhamdulillah. So husband tak payah kalut nk dtg azankan baby, cuma dtg ambil bawa balik terus je nt. kene tunggu surat dan bil. Pukul 4pm, surat dan bil dah terima dan boleh buat bayaran. Pukul 5 husband  dtg n 1st time jumpa baby. Nampak muka husband happy sgt. Anak2 husband letak rumah jiran kejap.

Sampai rumah, lupa nk ambil video reaksi anak2 jumpa baby. Danial dan Dalia happy sangat. Cium berkali2.. Alhamdulillah anak2 okay.
Husband pun dah drop surat pemberitahuan bersalin dekat klinik kesihatan dan esok kene pergi Klinik utk check kuning.


Tuesday, July 7, 2020

Diari bersalin anak ke3

7 julai 11 malam.
Asyik bgn kencing malam. 5x ada kot
Sakit celah kangkang
Lenguh lutut
Sakit pinggang

9am check up uia. 
Doc scan n ckp air kutuban sikit sgt dan suruh warded. 
Buat ctg, heart beat baby tinggi 3x lps tu normal.
Tolak ke PAC utk covid test 12 noon
11.50am keluar darah sikit
Doktor datang check jalan dh 2cm tapi tak sakit sgt. 
Rasa mcm air kutuban pecah, maybe perasaan sndiri, sb bila doc check xde pun. Hahah

Alhamdulillah lunch sampai pukul 12.15, just nice lps buat covid test. Covid test Alhamdulillah smooth je.. Doktor jolok 1 strip halus dan lembut dlm hidung sampai ke tekak dan tak sakit.

Skang dh kenyang 12.52 noon dan baby tgh hick up.

Kul 1.30 solat zuhur dan baca quran.

Call mama tak angkat2.. Maybe makan kt dapur. 
Makan buah epal lunch td. Skang kul 2.20 takde berita ttg covid result.

3.30pm result covid keluar negatif. Nurse tolak naik ward o&g tgkat 3, bilik 18. Buat ctg and semua okay.

Dinner sampai pukul 6 ptg. Pukul 9 dh lapar balik. Buat air milo, mkn roti krim coklat dan biskut dekat pantry.

Chat dengan soffa dan amie sampai pukul 11.30mlm.

Thursday, June 18, 2020

GDM pregnancy ke 6 anak ke 3.

Saya disahkan GDM selepas minum air gula lepas 2 jam. Bacaan 9.2 sebenarnya tinggi.
Hadap aje la kene buat BSP 2 minggu sekali.


Kalini saya tak check up dekat Klinik Kesihatan sebab KK Kurnia ni ramai sangat umat. Average masa saya tunggu 4 jam. Saya rasa saya perlu hargai masa sebab saya banyak sangat kerja kene selesaikan. So, saya ambil keputusan pergi Pahang Medical Center. Jumpa Doktor pakar lagi tuu.. Hihi..

Di sebabkan kita dh biasa check up dekat KK, nurse KK tip top dan boleh detail dorang check. Bila pergi PMC, urine tak ambil, darah utk hemoglobin pun tak ambil. Yang dia buat hanyalah blood pressure dan scan baby. Bayar RM190. Hmm.. Saya pergi sana dalam 4x tak silap, lps tu rasa tak berbaloi.

Masa 32 minggu, baru teringat nak buat 4/5D scan. So google la kat mana nak buat. Terjumpalah Klinik As-salam Indera Mahkota. Kene booking through online utk scan.

Madam Fiza yg scan saya. Org nya lemah lembut, friendly and yg saya suka, dia ckp dgn baby dalam perut. Rasa caring sangat. Dah selesai semua, saya tanya Madam, kalau2 saya nk check up perut dekat klinik ni boleh ke. Dia suruh saya jumpa Dr Hidayah dekat bilik no 1.

Dr Hidayah pun sangat caring. Dia tepuk dahi tgk buku pink saya tak lengkap masa pergi check up dekat PMC. Dia pun arrange utk saya check up dekat As Salam. Lps dia check buku pink saya, dia decide utk saya ambil darah utk lengkapkan mana yg tak. Fetal kick chart pun saya x buat sb PMC tak cakap apa2.
Alhamdulillah Allah temukan saya dgn Klinik As Salam. Saya continue check up dekat sini. Ambil masa 30 min je.

Semua yg berlaku ada hikmah. Saya dapat belajar dan cerita pada sape2 yg bertanyakan pendapat berkaitan check up pregnancy.

Saturday, June 6, 2020

Kandungan yang ke 6, bakal anak no 3.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi, akhirnya doa inginkan satu lagi cahaya mata dimakbulkan setelah setahun lebih mencuba.

Sebelum disahkan mengandung pada 7hb Nov 2019, saya mengalami keguguran kali ke3 bulan Ogos 2018. Masa tu boleh jangka sebab double line di UPT sangat samar. Setiap hari test, tetap samar. Jadi saya dh redha, kandungan kali ni tak menjadi.

Bila tunggu lagi 2 mggu (kandungan 6 mggu) akhirnya kantung gugur sendiri. Saya sempat sambut dan balut dengan tisu, sebelum ditanam berhampiran rumah. Sakit mcm senggugut. Alhamdulillah lps tu saya jalani berpantang seperti biasa malah lebih ketat lg.

Mari saya ceritakan bagaimana saya ikhtiar utk kandungan ke 6 ni.

Selepas selesai berpantang gugur, saya amalkan hidup sihat. Joging 5km,6km dan paling jauh 11km. Lps tu balik kerja singgah Taman Bandar utk joging sblm pulang ke rumah. Kadang2 weekend saya naik basikal pusing keliling taman.

Disamping itu, saya ambil duphaston selama 3 bulan (1 biji sehari) untuk stabilkan hormon dalam badan.

Setelah mencuba beberapa kali tak berhasil, saya ikhtiar untuk berurut lega urat di hubbub spa Kuantan. Apa yg staf hubbub cadangkan utk ikhtiar mengandung, utk ambil urut lega urat dan selang sebulan datang utk urut lega otot. Jadi saya pun setuju.

Urut lega urat adalah pakej sauna 30 min diikuti urutan satu badan selama 2 jam. Staf akan naikkan peranakan dan betulkan urat yg simpul. Memang sangat sedap urutannya. Bila balik rumah, tidur malam sangat lena. Saya berurut pada 17 Sept 2019.

So seperti berusaha lagi TTC sebelum period menjengah pada 2hb Okt 2019. Dengan harapan lekat lah sebab dh berurut walaupun tak sempat tunggu urutan lega otot. 3hb Okt test UPT, takde plak double line walhal dah lewat sehari. Takpe la tunggu lagi beberapa hari. 5hb Okt test lagi, masih single line. Eh dah lewat 3 hari. Disebabkan membazir UPT, saya biar kan aje sampai lah 7hb Oct, baru lah period datang. Takde rezeki lagi. Tapi kali ni period nya luar biasa. Banyak sangat dan sakit sangat. Mungkin sebab lewat kot, dinding tebal. Macam nk pitam dan demam penangan period kali ni.. Saya syak sebab urutan tempoh hari. Melancarkan darah.

Seperti biasa TTC dan ikut calendar untuk BD. Pada 19hb Okt ayah mertua saya pergi menghadap Ilahi. Saya sangat sedih tapi saya redha. Saya dan suami bergilir jaga arwah abah di hospital masa puasa tahun 2019.  2 minggu berkampung rumah adik ipar di damansara. Arwah abah dimasukkan ke Hosp Shah Alam pada 23hb Mei 2019. 25hb Mei kami ke hosp utk ziarah Abah. Dari tarikh tu kami gilir2 jaga abah sampai lah abah dibenarkan keluar malam hari raya 4 Jun 2019. Umur abah masih panjang, Allah bagi peluang untuk org lain berbakti. Pada 19hb Ogos abah dimasukkan ke hosp klang kerana terlalu lemah dan dibenarkan pulang seminggu lps tu. Abah sangat penat dan nazak. Tubuh abah makin mengering dan hanya kelihatan kulit membalut tulang. Allah pinjamkan abah kepada kami sehinggalah abah hembuskan nafas terakhir pada 19 Okt 2019.

Saya masih ingat cerita emak kawan baik saya, dia juga kehilangan ibu nya. Masa tu kawan baik saya umur 2-3 tahun kalau saya tak silap. Akibat terlalu sedih, dia tak sangka yg dirinya mengandung anak kedua. Bila teringat kisah tu, saya terfikir, alangkah bagusnya kalau kesedihan ini digantikan dengan kegembiraan mcm emak kawan saya alami.

Setelah selesai semua urusan kami pulang ke Kuantan. Suami saya kelihatan sugul dan jarang bercakap. Saya tahu dia sedih dan saya bg ruang utk dia.

Seperti biasa, waktu utk check upt. Sepatutnya period 7hb Nov, tapi tak muncul. Kebetulan bulan Nov saya sangat sibuk dengan meeting dan training di KL. Saya hampir lupa utk bawa UPT. Seminggu di KL dan sambung kerja di Kota Bharu dan Terengganu lagi seminggu. Akhirnya pulang ke rumah dah lewat seminggu lebih period. Tunggu esok pagi utk check urine, alangkah terkejut, double line naik, sangat pantas. Syukur Alhamdulillah. Saya bw berita gembira pada suami. Sejak dia tau saya pregnant, dia tak sugul dan menyendiri lagi. Kini usia kandungan 34 minggu 4 hari.

Kesimpulannya, jangan menyerah kalah. Sentiasa usaha. Disamping itu, berdoa pada Allah.

Thursday, May 21, 2020

Membebel pasal suami.



Saya kenal suami saya selepas kahwin. Dia bukanlah seorang yg romantik malah bukan seorang yg ambil berat tentang saya. Sebab apa? Sebab saya independent. Saya boleh buat serba serbi yg tak perlukan pertolongan dia. Salah saya juga sebab dari awal, saya dah ajar diri dia mcm tu. Jadi, dia dah terbiasa biarkan saya.

Teringat masa pregnantkan anak 1st Bila pergi check up pregnant. Saya pergi sorang2. Pernah sekali je dia ikut. Tapi malangnya dia kata bosan dan kerap tertido. So, anak kedua dan anak ketiga pun dia x temankan sebab saya dh biasa pergi seorang. Kalau tgk org lain, mmg rata2 suami akan ikut.
Suami juga jarang ambil berat tentang kandungan. Dia tak tau saya dah berapa bulan, dia tak tau keadaan saya sama ada penat atau sakit celah kangkang, atau takde selera makan atau mcm2 lagi, sebab dia jarang tanya. Bercakap dengan baby dlm perut pun, tak pernah sama sekali. Sebab apa? Sebab dia tau, saya pandai jaga diri dan uruskan kandungan ini sendiri.

Baru2 ni birthday saya, saya tak harapkan apa2. Tapi agak sedih bila dia tanya, nak kek tak? Satu lagi dia tanya, nak apa2 hadiah tak? 2 hari sblm birthday saya, dia ada keluar beli brg dapur. Saya ingat, dia ada belikan apa2 utk saya, sbg surprise. Sangkaan saya meleset. Tiada apa2 melainkan permintaan saya utk makan BBQ.. Saya minta BBQ sb itu yg dia mahir dan mmg saya teringin. Setiap tahun, birthday saya berlalu begitu sahaja tanpa apa2 keistimewaan.

Perkahwinan kami hampir masuk ke 9 tahun, tapi dia masih tak tahu, apa kesukaan saya dan apa yg saya tak suka.

Saya redha atas apa yg berlaku. Semuanya salah saya. Saya bukan isteri yg merengek2 tak pandai bawa kereta, saya bukan isteri yg meminta2 dan saya bukan isteri yg bergantung pada suami. Sebab apa? Andai apa2 terjadi, saya boleh berdikari.. Saya boleh jaga anak2 tanpa bantuan sesiapa.

Cuma satu je saya minta, kasih kan saya, sayangilah saya.. Banyak dah pengorbanan yg saya lakukan utk suami yg saya rasa tidak dihargai. Mungkin suami saya tak pandai luahkan sebab dia bukan seorang yg romantik. Tapi dpt tunjukkan rasa ambil berat tentang saya semasa saya mengandungkan anak dia yg ketiga ni pun saya dh cukup bersyukur.

Ye saya mengaku saya garang.. Saya tegas.. Up bringing saya mcm tu sb keluarga saya tak ambil berat pasal saya. Saya kene survive utk berjaya sb saya bukan anak kesayangan. Saya tak diberi tusyen, saya tak diberi kemewahan. Kalau nk sesuatu saya kene usaha.

Mungkin sekarang hormon saya tak stabil. Saya kerap letih. Kerap stress. Kerap sedih. Hanya gembira bila melihat kaletah anak2. Saya harap, saya terus dihargai suami dan suami nampak penat jerih saya bekerja utk menyara keluarga dan bantu meringankan beban yg saya pikul selama ini dan hari2 mendatang.

Saya tahu ini juga adalah dugaan dari Allah untuk saya. Saya redha. Dari awal lagi saya mencari seorang laki yg boleh mengahwini saya sebelum umur saya mencecah 30 tahun dan saya tak kisah siapa. Jadi apa yg saya dapat saya kene bersyukur. Ada je ramai diluar tak bertemu jodoh. Ada ramai je diluar dah berkahwin bertahun tak dikurniakan zuriat, ada ramai je diluar sana kene pukul dengan suami. Saya patut bersyukur dengan apa yg saya ada. Ye lah, cuma Kadang2 terfikir, suami sayang saya ke tak. Awal perkahwinan ada I love you. Ada hadiah, ada surprise. Lama kelamaan semua tu hilang. Takde spark dalam rumah tangga.

Ya mungkin hormon tak stabil sekarang. Jadi hati sensitif. Apa pun saya cuba bertenang dan tengok kelebihan suami berbanding kekurangn yg akan membuatkan saya kurang berasa hati. Saya doa setiap kali solat utk percikkan rasa kasih sayang dalam hati kami suami isteri agar terus bahagia dalam melayari alam rumah tangga ni sehingga ke jannah. Aminn

Monday, November 7, 2016

Pengeluaran KWSP bagi tujuan pembelian rumah 1 Malaysia

Baru baru ni, saya beli rumah 1 Malaysia memandangkan harga dia murah dan itu saje yang mampu saya miliki. Saya tanya bank dan lawyer, adakah layak untuk saya keluarkan KWSP akaun 2 untuk membuat pembayaran lawyer dan pembayaran ansuran perumahan. Mereka kata boleh dan mereka ajar saya macam mana nak keluarkan KWSP akaun 2.

S&P dan surat bank telah pun saya terima, jadi saya pun ke KWSP untuk membuat pengeluaran, Alangkah terkejutnya saya bila pegawai tersebut cakap, sekiranya saya keluarkan duit untuk perumahan, 4 perkara lagi dibekukan seketika sehingga perumahan selesai di bayar. Perkara yang akan dibekukan adalah:
1. Pendididikan'
2. Kesihatan
3. Pengeluaran umur 50 tahun
4. Menunaikan haji,

Ada syarat plak, walaupun nak keluarkan duit sendiri. Nak buat macam mana, kalau dah nak keluarkan duit untuk tujuan perumahan pun susah, apatah lagi nak keluarkan bagi tujuan lain lain seperti di atas. Jadi, saya ambil keputusan untuk keluarkan juga. Kalau tak keluarkan, bila pulak nak dikeluarkan.

Cuma saya tak sangka lah. Adakah negara kita kekurangan kecairan wang untuk di"roll". Duit hanyalah nombor di dalam akaun, hakikatnya tiada.